PERMOHONAN DERMASISWA MAIPk KINI ONLINE
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak membuka peluang anak-anak asnaf melanjutkan pengajian di bawah Skim Dermasiswa. Skim Dermasiswa adalah bantuan penajaan pendidikan di bawah asnaf fisabilillah yang disediakan oleh MAIPk kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Islam di institusi pengajian tinggi sama ada di dalam atau luar negara.
Syarat Umum:
- Warganegara Malaysia;
- Beragama Islam; dan
- Penjaga bermastautin di Negeri Perak;
Syarat Akademik:
Semak syarat dan kelayakan untuk buat permohonan dermasiswa secara atas talian melalui portal rasmi Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak atau di pautan http://online.maiamp.gov.my/bantuanmaipk/
Untuk makluman lanjut, sila hubungi nombor talian berikut:
019-5711383 (Unit Pemerkasaan Pendidikan Asnaf, MAIPk)
Bertekadlah untuk menuntut ilmu, moga kalian mendapat berkat dan dapat berkhidmat untuk keluarga, agama, bangsa dan masyarakat.