BANTUAN BINA RUMAH : MASIH ADA YANG SAYANG
Muhammad bin Mohd Gombri
Parit Gabis, Bagan Serai
BAGAN SERAI – Encik Muhammad atau lebih mesra dipanggil Encik Mad mempunyai lima orang anak. Semua anaknya sudah mempunyai kehidupan sendiri dan tinggal berasingan. Kini Encik Mad tinggal bersendirian sejak kematian isterinya.
Encik Mad hanya melakukan kerja kampung untuk meneruskan kelangsungan hidupnya. Pendapatannya tidak menentu, anggaran pendapatan bulanannya hanya sebanyak RM200 sahaja. Dia terpaksa berjimat cermat dalam berbelanja.
Rumahnya terletak di Parit Gabis dibina di atas tanah milik adiknya. Adiknya memberi keizinan mendirikan rumah di tanah itu tanpa mengenakan sebarang bayaran. Hari berganti hari. Tahun bertukar ganti. Kini rumah yang didirikan ala kadar mengikut kemampuannya itu sudah uzur dan tidak selamat untuk didiami lagi. Dinding dan bahagian rumah yang reput ditampal dengan zink terpakai.
Lebih buruk lagi, lantai rumahnya sudah reput. Encik Mad terpaksa berteduh dan tidur di bawah rumahnya. Berlantaikan tanah dan berdindingkan plastik kanvas terpakai. Apabila hujan dan angin bertiup kencang, Encik Mad berasa kedinginan.
Encik Mad sujud syukur bertemankan air mata apabila menerima berita gembira permohonannya diluluskan MAIPk. Pembinaan rumah baharu buat Encik Mad berjalan lancar. Pada 21 Oktober yang lalu, Pegawai MAIPk Daerah Bagan Serai, Encik S.Daud bin Shehamy telah menyerahkan kunci rumah baharu kepada Encik Mad. Rumah baharu jenis dua bilik itu bernilai RM54,000.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my