ASNAF MAIPk SERTAI KURSUS KIMPALAN ANTARABANGSA
Baru-baru ini Majlis Agama Islam dan ‘Adat Malayu Perak telah mengadakan lawatan terhadap pelatih-pelatih belia asnaf yang sedang mengikuti kursus kimpalan antarabangsa di lokasi latihan mereka, iaitu di TWI Technology (S.E.Asia), Shah Alam, Selangor
Pelatih-pelatih yang terdiri daripada 14 orang belia asnaf ini telah dipilih untuk mengikuti kursus kimpalan antarabangsa di bawah Skim Latihan Kemahiran Asnaf MAIPk. Ia merupakan salah satu skim daripada Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf. Kursus ini mengambil masa 4 bulan bermula daripada 17 Oktober 2022 sehingga Februari 2023. Kursus tersebut dikendalikan oleh TWI Technology (S.E.Asia).
Latihan ini diadakan bertujuan untuk melahirkan belia yang berkemahiran dalam bidang kimpalan agar dapat memenuhi permintaan industri kini. Program ini juga membuka peluang kerjaya yang lebih baik dengan adanya pensijilan antarabangsa. Pelatih juga berkelayakan untuk bekerja sebagai Pemeriksa Kimpalan, Juruteknik Dalam Loji, Pembantu Jurutera, Pengimpal Dalam Air termasuk juga dalam bidang Minyak Dan Gas di darat dan di luar pesisiran pantai.
Setelah tamat latihan selama 4 bulan, pelatih akan memperoleh Sijil CSWIP 3.0 (United Kingdom), Lesen Oil and Gas Safety Passport (OGSP), Kad Hijau (CIDB) dan jaminan pekerjaan dalam bidang kimpalan.
Dengan adanya kursus-kursus kemahiran yang menjamin pekerjaan seperti ini amatlah membantu belia asnaf keluar daripada kepompong kesusahan, membantu ibu dan ayah yang selama ini bersusah payah membesarkan mereka. Seterusnya pelatih dapat berbakti kepada masyarakat dan menjadi penyumbang kepada kemajuan negara.
Ayuh teruskan berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk agar program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan bagi memperkukuh taraf ekonomi serta meningkatkan pendapatan isi rumah para asnaf yang memerlukan. Kini zakat anda boleh ditunaikan melalui online FPX, Klik https://ezakat.maiamp.gov.my