BANTUAN BINA RUMAH : MENITI USIA SENJA
Rosli Bin Harun
Kg. Suak Petai, Kuala Kangsar
KUALA KANGSAR - Encik Rosli merupakan anak kelahiran Kampung Suak Petai, Kuala Kangsar. Encik Rosli dan isterinya sudah berumur dan tidak kuat lagi untuk bekerja. Mereka tidak mempunyai sumber pendapatan selain mengharapkan sumbangan daripada anaknya setiap bulan sebanyak RM200. Dengan wang itulah Encik Rosli menyara perbelanjaan bulanannya bersama isteri.
Dia bukan sahaja uzur dan tidak kuat bekerja, malah Encik Rosli juga menghidap penyakit jantung, hati dan semput. Isterinya menghidap penyakit darah tinggi. Mereka tidak mendapatkan rawatan di hospital kerana kekangan kewangan.
Namun begitu, Encik Rosli dan isterinya berikhtiar dengan perubatan tradisional untuk mengubati penyakit mereka. Encik Rosli hanya dapat berjalan menggunakan tongkat dan kerusi roda. Encik Rosli tinggal di rumah sendiri yang didirikan di atas tanah milik Almarhumah ibunya. Apabila musim hujan, dapurnya akan basah kerana atapnya sudah banyak yang bocor. Kerana terlalu kerap terdedah dengan kelembapan, lantai dapurnya pula mulai reput. Bimbang akan keselamatan mereka akhirnya Encik Rosli tampil memohon bantuan baik pulih rumah daripada MAIPk.
Siasatan mendapati rumah papan mereka tidak mempunyai bilik. Hanya tirai sebagai penghadang bagi memisahkan ruang tidur. Rumah tersebut dalam keadaan teruk dan sempit. MAIPk memutuskan mereka lebih layak diberikan bantuan bina rumah baharu daripada bantuan baik pulih rumah.
Akhirnya pada bulan Ogos yang lalu Pegawai MAIPk Daerah Kuala Kangsar, Encik Mohamad Hafizi bin Mohamah Nor telah menyerahkan kunci rumah baharu kepada Encik Rosli dan isteri. Rumah jenis 3 bilik berkeluasan 850kp itu bernilai RM76,500.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my