BANTUAN MODAL PERALATAN : MESIN JAHIT BANTU SARA PENDAPATAN SEKELUARGA
Azhar Bin Zubil
Batu 10 Lekir, Setiawan
MANJUNG - Encik Azhar mula bermukim di Batu 10, Lekir setelah berhijrah dari Pulau Pinang. Dia tinggal menyewa di sebuah rumah dengan bayaran sewa sebanyak RM400 sebulan. Dia dan isterinya mengambil tempahan menjahit baju daripada kenalan dan orang kampung yang tinggal berdekatan.Encik Azhar akan memotong kain dan isterinya pula akan menjahit tempahan baju pelanggan. Menjahit baju merupakan sumber pendapatan buat keluarga mereka.
Kini mesin jahit yang sudah sekian lama menabur bakti kepada mereka sudah uzur dan tidak lagi dapat berfungsi dengan baik. Kos untuk membaikinya agak mahal. Kosnya seperti membeli mesin yang baharu. Untuk membeli mesin baharu pula, mereka tidak mampu.
Syukur MAIPk meluluskan permohonan bantuan modal peralatan yang telah dimohon sebelum ini. Pegawai MAIPk Daerah Manjung, Puan Habibi Binti Ridwan telah menyerahkan bantuan kepada Encik Azhar. Bantuan tersebut berupa sebuah mesin jahit lurus industri berjenama Juki bernilai RM1,700. Semoga dengan bantuan ini memudahkan Encik Azhar dan isteri menjahit baju tempahan pelanggan mereka seperti biasa.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my