SKIM LATIHAN KEUSAHAWANAN ASNAF : KURSUS DANDANAN RAMBUT
KAMPAR – MAIPk mengadakan kursus dandanan rambut di bawah Skim Latihan Keusahawanan Asnaf. Kursus melibatkan 30 orang peserta dan dikendalikan oleh penyedia latihan yang mahir dari Kolej Yayasan Melaka.
Kursus bertujuan memberikan pendedahan kepada para peserta kursus tentang jenis rambut, cara penggayaan, cara menggunting sehingga cara mengenali dan menangani rambut yang bermasalah. Semua ilmu diajar dan diberikan latihan kepada para peserta agar menjadi tukang rambut yang mahir dalam menggunting dan menggayakan rambut. Kursus ini amatlah penting bagi peserta sebagai persediaan untuk menghadapi pesaing-pesaing yang tidak kurang hebatnya di luar sana. Ia juga bertujuan agar peserta dapat memberikan servis yang terbaik dan memuaskan hati pelanggan.
Tempoh latihan yang telah dijalani oleh para peserta adalah selama sebulan bermula 12 September 2022 hingga 12 Oktober 2022 yang lalu. Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Dandanan Rambut ini diadakan di Kampar Putra Sentral, Kampar, Perak. Setiap peserta menerima sijil penyertaan kursus dandanan rambut dan diberikan pekerjaan di kedai-kedai gunting rambut di sekitar negeri Perak.
Ayuh teruskan berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk agar program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan untuk memperkukuh taraf ekonomi serta meningkatkan pendapatan seisi rumah para asnaf yang memerlukan. Kini zakat anda boleh ditunaikan melalui online FPX, Klik https://ezakat.maiamp.gov.my