• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • PROGRAM KURSUS ASAS PENGENDALIAN DRON UNTUK BELIA MASJID

PROGRAM KURSUS ASAS PENGENDALIAN DRON UNTUK BELIA MASJID

SEMANGGOL - 15 Oktober 2022,

1. Penganjuran program oleh Biro Belia Masjid Al Huda Tebuk Matau Gunung Semanggol dengan kerjasama:– Pengurusan Masjid al-Huda Tebuk Matau, Pejabat Penghulu Mukim Gunung Semanggol, Pejabat Agama Islam Daerah Bagan Serai, Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa USM Kampus Kejuruteraan, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk)


2. Menyahut seruan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak agar gerakan besar besaran program pertanian bagi memenuhi tuntutan keselamatan makanan. Program yang bersifat ideal dengan ciri tempatan di kawasan jelapang padi daerah Kerian.

3. Program direncanakan untuk belia dan masyarakat setempat yang memperlihatkan keterlibatan belia masjid sebagai penganjur, program bersifat pengajaran berfokus menawarkan 12 tempat penyertaan menyasarkan golongan belia seawal umur 13 tahun hingga 35 tahun di kalangan ahli kariah Masjid al-Huda Tebuk Matau Gunung Semanggol dan masjid sekitar dalam Mukim Gunung Semanggol.

4. Program rintis turut menerapkan nilai tambah daripada segi pembentukan aqidah, syariat dan akhlak kepada peserta disepadukan dengan kemahiran penguasaan inovasi dan teknologi terkini di kalangan belia dalam bidang pertanian. Program juga mempunyai matlamat menaik taraf serta memartabatkan modal insan dalam bidang pertanian sebanding dengan kerjaya lain.

5. Kursus Asas Pengendalian Dron adalah batu asas kepada program induk Pembentukan Gagasan Modal Insan yang akan berkesinambungan dengan Kursus Teknikal Trouble shooting dan Drone Upgrades dengan kerjasama pihak pengeluar peralatan dron sebagai persediaan sebagai program latihan yang bertauliah.

6. Kursus Asas Pengendalian Dron Belia Masjid ditanggung sepenuhnya oleh pihak Masjid Al Huda Tebuk Matau dirasmikan pada 15 Oktober 2022 oleh Penghulu Mukim Gunung Semanggol. Kursus akan diadakan secara berfokus selama 4 sesi selama 4 bulan berturutan mengambil kitaran musim pertanian daripada penyediaan tanah hingga musim tuaian.

7. Keberhasilan program yang direncanakan :–
• Untuk menyediakan operator pertanian yang mantap kualiti Aqidah, syariat dan akhlak dengan kemahiran penguasaan teknologi serta mempunyai harga diri sebanding dengan nilai kerjaya profesional.
• Merakyatkan institusi Masjid sebagai pusat dakwah dan pembentukan ketamadunan insan.
• Pembentukan belia yang berpandu syariat untuk memimpin ummah dan masyarakat.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.