• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN BINA RUMAH : GANTIAN YANG LEBIH BAIK

Rohani binti Ahmad
Kampung Tawai, Gerik

GERIK- Puan Rohani yang berasal dari Gerik, Perak merupakan seorang balu kematian suami yang mempunyai enam orang anak. Empat orang anaknya sudah bekerja dan kesemuanya menetap di Kulim, Kedah selepas mendirikan rumah tangga. Manakala dua orang anaknya masih lagi bersekolah. Puan Rohani sudah berumur dan tidak kuat untuk bekerja. Perbelanjaan dapur dan persekolahan dua orang anaknya hanya bergantung daripada pemberian anak-anaknya yang telah bekerja.

Puan Rohani beserta dua orang anaknya tinggal menyewa di kampung tersebut dengan bayaran sewa sebanyak RM150 sebulan. Mujur dia menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200 sebulan. Dapatlah dia membayar sewa rumah tersebut.

Kini rumah yang disewa sejak tahun 2015 itu ingin diambil semula oleh tuan rumah tersebut. Tuan rumah ingin memberikan rumah tersebut kepada anaknya. Oleh itu, Puan Rohani perlu mengosongkan rumah itu dalam masa terdekat. Ibarat jatuh ditimpa tangga. Buntu Puan Rohani memikirkan masalah ini.

Puan Rohani mempunyai sebidang tanah pusaka di kampung. Namun dia tidak mampu untuk membina rumah sendiri. Akhirnya dia tampil memohon bantuan bina rumah di atas tanah tersebut daripada MAIPk. Besar harapannya agar permohonannya diluluskan kerana perlu keluar daripada rumah sewanya dalam masa terdekat.

Melihat kesusahan yang ditanggung oleh keluarga ini, MAIPk meluluskan bantuan bina rumah buat mereka. Proses pembinaan rumahnya berjalan lancar. Pada 31 Julai 2022 yang lalu, Encik Zul-Azri bin Hosaini selaku Pegawai MAIPk Daerah Grik telah menyerahkan kunci rumah baharu kepada Puan Rohani. Rumah jenis 3 bilik berkeluasan 850kp itu bernilai RM76,500. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan bebanan yang ditanggung Puan Rohani sekeluarga.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.