• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN MODAL : NASI MINYAK BERLAUK

Mashitah binti Ibrahim
Kampung Guar, Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR- Puan Mashitah berusia 29 tahun, sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Mereka sekeluarga tinggal menumpang di rumah ibu kandungnya di Kampung Guar, Kuala Kangsar. Mereka berpindah masuk ke rumah tersebut kerana ingin menjaga ibunya yang menghidap penyakit buah pinggang dan memerlukan rawatan dialisis secara berkala di Hospital Kuala Kangsar.

Akibat daripada perpindahan itu, bantuan bulanan yang diterima anak sulungnya daripada sebuah organisasi di Kedah terpaksa dihentikan. Anaknya menghidap penyakit kebocoran pada buah pinggangnya sejak berumur 4 tahun lagi. Hal ini sedikit pun tidak mematahkan semangatnya malah menjadikannya lebih gigih mencari rezeki demi menampung perbelanjaan perubatan ibu dan anaknya.

Suaminya melakukan kerja kampung dengan mengambil upah menebas dan memotong rumput. Setelah kerjanya selesai, dia akan membantu Puan Mashitah berniaga menjual nasi minyak berlauk di kawasan Amanjaya, Manong. Puan Mashitah berniaga dari jam 10.30 pagi sehingga habis jualan mereka. Mereka berniaga di situ setiap hari dan cuti pada hari Selasa. Purata pendapatan bulanan dia dan suami adalah sebanyak RM1800.

Jualannya sering habis awal. Adakalanya sudah habis terjual sebelum zohor. Puan Mashitah berhasrat menambah kuantiti jualannya namun dia tidak mempunyai peti sejuk beku untuk menyimpan stok barangan mentah. Akhirnya Puan Mashitah tampil memohon bantuan peralatan daripada MAIPk untuk membeli peti ais dan peti sejuk beku untuk menyimpan barangan mentahnya demi menjaga kualiti serta kesegaran barangan tersebut. Besar harapannya agar permohonannya diluluskan. Kerana peti sejuk sedia ada milik ibunya sudah uzur dan sudah kurang sejuk.

Setelah siasatan dijalankan, kami mendapati perniagaan Puan Mashitah mempunyai potensi untuk dimajukan dan perlu dibantu. Pada 19 Ogos 2022, Encik Mohamad Hafizi bin Mohamah Nor selaku Pegawai MAIPk Kuala Kangsar menyerahkan bantuan modal perniagaan kepada Puan Mashitah berbentuk sebuah peti sejuk beku dan sebuah peti sejuk biasa yang berjumlah RM3,378. Diharapkan dengan bantuan ini perniagaannya bertambah maju. Semoga suatu masa nanti Puan Mashitah pula akan menjadi muzakki yang membantu asnaf yang lain.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.