• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN MODAL : DEMI KELANGSUNGAN HIDUP

Khairul Anuar bin Zahari
Perumahan Awam Sauk, Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR - Encik Khairul sudah berumur 40 tahun dan merupakan anak jati Kuala Kangsar. Kini dia bersama-sama isteri dan tiga orang anaknya tinggal menyewa di Perumahan Awam Sauk dengan kadar sewaan RM200 sebulan. Ketiga-tiga orang anaknya masih lagi bersekolah. Encik Khairul bekerja sebagai nelayan sejak sebelum berkahwin lagi. Kini sampannya sudah uzur dan enjin botnya telah mengalami kerosakan dan sudah tidak dapat dibaiki lagi. Untuk mencari sesuap nasi buat keluarga, Encik Khairul terpaksa menukar kerjayanya kerana tidak lagi dapat menangkap ikan. Dia melakukan kerja kampung dengan mengambil upah meracun rumput serta menebas pokok. Dengan purata pendapatan sebanyak RM850 sebulan itulah dia menyara keluarganya.

Memikirkan anak-anak yang masih bersekolah dan memerlukan perbelanjaan yang besar, Encik Khairul berhasrat menambah pendapatan keluarga dengan melakukan pelbagai pekerjaan. Dia juga berhasrat untuk turun semula menangkap hasil sungai. Namun untuk membaiki sampan yang ada serta untuk membeli enjin bot yang baharu dia tidak mampu. Atas sebab inilah pada 6 April yang lalu, Encik Khairul tampil memohon Skim Bantuan Modal daripada MAIPk untuk membeli sampan serta enjin bot Yamaha 15Hp yang baharu. Besar harapannya agar permohonannya diluluskan demi kelangsungan hidup mereka.

Syukur, rezeki tidak pernah salah alamat. Pada 11 Ogos 2022 MAIPk telah menyalurkan bantuan modal peralatan berupa sampan serta enjin bot Yamaha Outboard 15HP 2ST (short) yang bernilai RM6,500 kepada Encik Khairul. Semoga dengan bantuan ini dapat menambah pendapatan buat Encik Khairul sekeluarga.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.