• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN MODAL : TITIK PELUH BUAT KELUARGA

Razak bin Ramli
Kg. Dato Sagor, Sungai Siput

KUALA KANGSAR - Encik Razak berumur 37 tahun dan berasal dari Kg. Dato Sagor. Sudah berkahwin dan memiliki lima orang cahaya mata. Empat daripada lima anaknya masih lagi bersekolah. Mereka tinggal di rumah sendiri yang dibina di atas tanah milik bapa Encik Razak. Encik Razak menyara keluarganya dengan menjual ayam segar di Pasar Awam Sungai Siput sejak 13 tahun yang lalu lagi. Tapak jualan ayam di dalam pasar tersebut disewa dengan bayaran RM350 sebulan. Perniagaan mereka telah berdaftar dengan SSM. Bekalan ayam diperoleh daripada pembekal dalam kuantiti 20-30 bakul setiap hari bergantung pada permintaan dan harga ayam semasa.

Di sebelah petang pula, Encik Razak menjual pisang goreng di Simpang Karai bagi menambah pendapatan keluarga. Namun menjual ayam segar merupakan pendapatan utama buat keluarganya. Encik Razak memperoleh pendapatan bulanan sekitar RM1200 hasil titik peluhnya berniaga pagi dan petang. Kini Encik Razak berhadapan dengan masalah apabila mesin untuk membuang bulu ayamnya sering rosak. Sudah beberapa kali duitnya dihabiskan untuk membaiki kerosakan mesin tersebut namun mesin itu masih lagi tidak dapat berfungsi dengan baik.

Akhirnya Encik Razak tampil memohon bantuan modal perniagaan daripada MAIPk untuk membeli mesin membuang bulu ayam yang baharu agar dapat melancarkan urusannya di gerai. Bukan itu sahaja, Encik Razak juga memohon bantuan modal untuk membeli mesin pemotong ayam untuk memudahkan mereka memotong ayam dengan lebih cepat, memotong dengan kuantiti yang banyak dan hasil potongan juga akan lebih cantik. Sebelum ini mereka hanya memotong ayam secara manual.

Hasil siasatan mendapati Encik Razak layak dibantu ditambah pula pendapatan di gerai ayam segar tersebut merupakan sumber pendapatan utama buat Encik Razak sekeluarga. MAIPk meluluskan permohonannya. Pada 19 Ogos 2022 yang lalu, Encik Mohamad Hafizi Bin Mohamah Nor selaku pegawai MAIPk yang bertugas, telah menyerahkan bantuan peralatan perniagaan kepada Encik Razak berupa mesin untuk membuang bulu ayam dan mesin pemotong ayam yang berjumlah RM6,700. Diharapkan dengan bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung Encik Razak serta dapat memajukan perniagaannya.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.