MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN KOPERASI PESERTA-PESERTA FELCRA MALAYSIA BERHAD
IPOH, 29 September 2022 - Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah diadakan di Tingkat 2, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh. Penyerahan zakat perniagaan syarikat berjumlah RM92,892.02 bagi tahun kewangan berakhir 2021 dan 2020 telah di serahkan oleh, Pengerusi Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad, Dato Hj Sabari bin Misran kepada, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Encik Shahrul Azam bin Shaari. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengurus Besar Bahagian Pemasaran MAIPk, Encik Suhaimi bin Yusoff. Penyerahan zakat ini membantu memenuhi keperluan dan pembangunan asnaf zakat di negeri Perak melalui program-program yang telah dirangka supaya agihannya lebih berkesan dan tersusun.