Program Kenali Emas & Harta Kita
IPOH Satu program Kenali Emas dan Harta Kita yang dianjurkan oleh MAIPk dengan kerjasama PUSPANITA Negeri Perak telah diadakan pada 13 November 2013. Program ini diadakan di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan bermula jam 9.30 pagi sehingga 1.00 petang. Pengisian untuk program ini disampaikan oleh Pakar Runding UKM mengenai kajian 'Uruf Emas semasa yang dilaksanakan serta mengenai Sistem Pajak Gadai Islam daripada Jabatan Ar-Rahnu, Bank Rakyat, Kuala Lumpur. Turut hadir ke program ini ialah Pengerusi Biro Agama PUSPANITA, Datin Hajah Nurul Huda binti Mokhtar dan Ustaz Bakri bin Lee, Penolong Setiausaha Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak.
Tujuan program ini diadakan bagi memberi penerangan lebih terperinci mengenai perihal emas perhiasan dan ciri-cirinya. Di samping itu, para peserta dapat mengetahui barang emas dan kemas yang digunakan dalam sistem pajak gadai Islam. Para peserta yang hadir terlibat dengan kajian lapangan mengenai 'Urus Emas Semasa yang dibuat oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) di seluruh Malaysia bagi dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
Semoga partisipasi daripada para peserta memberikan banyak manfaat kepada umat Islam di Malaysia.