• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN PERUBATAN : BUKTI CINTA SEJATI

Siti Fasha binti Said
Kampung Medan, Selama

SELAMA - Puan Siti Fasha berusia 36 tahun dan merupakan ibu kepada tiga orang cahaya mata, lincah menguruskan rumah tangga dan berulang alik menghantar dan mengambil anak di sekolah. Anak ketiganya masih di tadika, manakala dua lagi anaknya sudah bersekolah menengah. Mereka sekeluarga tinggal di Pulau Pinang dan suaminya bekerja sebagai pendawai elektrik. Mereka sekeluarga menerima khabar gembira dengan kehadiran bakal orang baharu dalam keluarga. Puan Siti hamil anak keempat. Namun ujian datang melanda. Selepas melahirkan anaknya pada 6 Mac 2022 di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang jantung Puan Siti terhenti seketika. Mujur ajal belum sampai, dia berjaya diselamatkan, namun kesihatannya tidak kembali seperti sedia kala. Kini Puan Siti sakit terlantar dan tidak dapat menguruskan diri sendiri.

Luluh hati suaminya apabila melihat keadaan isteri tercinta sedemikian. Suaminya perlu menguruskan sendirian bayinya dan tiga orang lagi anaknya yang lain. Suaminya tidak dapat keluar bekerja kerana Puan Siti memerlukan penjagaan yang rapi kerana masih lagi bergantung dengan mesin alat bantuan pernafasan. Dia juga hanya dapat minum susu khas melalui tiub dan perlu dipakaikan lampin pakai buang.

Encik Abdullah hanya dapat melakukan kerja kampung kerana tidak terlampau terikat dengan masa. Jadi memudahkannya sesekali pulang ke rumah untuk memantau keadaan isterinya. Ditambah pula hanya ibunya yang sudah berumur sahaja berada di rumah bersama bayi kecilnya kerana anak-anak yang lain bersekolah. Dengan purata pendapatan RM500 sebulan, tidak mencukupi untuk membeli keperluan perubatan Puan Siti ditambah pula anak-anaknya masih bersekolah.

Selepas kesnya mendapat liputan Berita Harian, pihak kami menjejakinya ke kampung halaman suaminya, Encik Abdullah di Kampung Medan, Selama. Semasa kunjungan pertama, MAIPk Daerah Selama telah menyerahkan bantuan kecemasan segera berbentuk wang tunai, bekalan lampin pakai buang, susu khas beserta kotak makanan kepada suaminya. Kami telah meneliti bantuan yang dapat disalurkan memandangkan katil dan mesin oksigen sedia ada merupakan pinjaman sementara daripada pihak Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. Perkara ini telah diusulkan dalam mesyuarat dan mendapat kelulusan pada penghujung bulan Jun yang lalu.

Pada 20 Julai 2022, Puan Nor Fatin Azarina binti Nor Affendy selaku Pegawai MAIPk Selama telah menyerahkan bantuan perubatan kepada Encik Abdullah di kediamannya. Bantuan berjumlah RM10,147 tersebut berupa katil perubatan 3 fungsi, mesin oksigen, lampin pakai buang, susu khas, tiub susu, tisu basah dan sarung tangan. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan bebanan mereka.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.