BANTUAN PERALATAN : ENJIN PEMACU BOT
Supangat bin Kormin
Kg. Baru Nelayan, Tanjong Piandang
PARIT BUNTAR - Encik Supangat merupakan anak jati Kampung Baru Nelayan, Tanjong Piandang. Sudah berkeluarga dan mempunyai lapan orang anak. Encik Supangat menyara keluarganya dengan hasil menangkap ikan di laut. Sudah lebih 40 tahun dia menjadi nelayan di kawasan itu. Kini dia boleh menarik nafas lega kerana enam daripada lapan orang anaknya sudah hidup berdikari dengan melakukan kerja-kerja kampung untuk menampung kehidupan mereka sendiri. Tanggungan bulanannya sudah semakin berkurangan. Tinggal seorang anaknya yang masih lagi bersekolah.
Namun Encik Supangat masih perlu menyara seorang lagi anak istimewanya yang berumur 18 tahun. Hal ini kerana anak perempuannya itu menghidap ‘Syndrome down”. Anaknya inilah yang menjadi pembakar semangatnya untuk turun ke laut setiap hari walaupun pada usia senja sebegini demi mencari sesuap rezeki untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka.
Namun baru-baru ini enjin botnya telah dicuri. Umpama patah sebelah kakinya apabila enjin botnya tidak dapat ditemui. Encik Supangat tidak lagi dapat mencari rezeki di tengah laut seperti biasa. Dia hanya dapat menangkap hasil di kawasan muara dan tepian laut sahaja. Encik Supangat hanya dapat menangkap ketam di tepian muara berbekalkan dayung sampannya.
Hasil pendapatannya menurun secara mendadak. Mimikirkan nasib keluarganya yang semakin membimbangkan itu, Encik Supangat mengambil keputusan untuk memohon Skim Bantuan Peralatan MAIPk. Besar harapannya agar permohonannya diluluskan.
Alhamdulillah rezeki menyebelahi dirinya. Permohonannya diluluskan kerana menangkap hasil laut merupakan sumber utama pendapatan mereka sekeluarga.
Pada 15 Ogos 2022, enjin bot bernilai RM2800 dan berkapasiti 5 kuasa kuda telah diserahkan kepada Encik Supangat. Enjin yang diberikan itu bersesuaian dengan saiz sampan miliknya. Kami melihat Encik Supangat tersenyum lebar semasa menerima bantuan ini. Dia mengikat enjin botnya dengan rantai besi yang besar untuk mengelakkan kejadian sama berulang.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my