BANTUAN MODAL : MESIN JAHIT TAMBAH PENDAPATAN
Saleh Bin Azmi
Teluk Intan, Perak
TELUK INTAN - Encik Saleh berasal dari Teluk Intan dan bekerja di sebuah kilang berhampiran dengan rumahnya. Dia sudah mendirikan rumah tangga namun belum lagi dikurniakan cahaya mata. Dengan pendapatan sekitar RM1288.71 dia menyara kehidupannya bersama isteri tercinta.
Mereka tinggal di sebuah rumah dengan kadar sewaan sebanyak RM250 sebulan. Walaupun hidup berdua, dengan pendapatannya yang kecil itu mereka masih perlu berjimat cermat ekoran daripada harga barang yang kian meningkat. Isterinya pula mengambil upah menjahit secara kecil-kecilan, namun hasil jahitannya digemari pelanggannya. Hal ini kerana isterinya pernah mengikuti kursus menjahit.
Namun isterinya tidak dapat menerima tempahan yang banyak kerana mesin jahit lurus sedia ada sudah uzur dan adakalanya tidak dapat berfungsi dengan baik. Mereka juga tidak mempunyai mesin jahit tepi. Setiap kali hendak membuat jahit tepi, isterinya akan meminta tolong daripadanya untuk melakukannya di pekan. Memikirkan perkara ini, Encik Saleh tampil memohon Skim Bantuan Modal Perniagaan daripada MAIPk untuk membeli mesin jahit lurus industri dan mesin jahit tepi untuk memudahkan isterinya menjahit baju.
Syukur alhamdulillah permohonan mereka diluluskan. Pada 29 Jun 2022, mereka telah menerima bantuan modal perniagaan berupa mesin jahit tepi dan juga mesin jahit lurus jens industri. Kedua-dua mesin jahit tersebut bernilai RM5,000. Bantuan tersebut telah diserahkan oleh Encik Azree bin Mohamad Azizi selaku Pegawai MAIPk yang bertugas. Diharapkan dengan bantuan ini memudahkan isteri Encik Saleh menjahit di samping dapat menambah pendapatan buat mereka sekeluarga.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Dana zakat anda kali ini telah bertukar bentuk kepada mesin jahit buat asnaf di Teluk Intan. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my