• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN BINA RUMAH : HADIAH DARIPADA ILAHI

Abu Bakar bin Abu Hassan
Kampung Simpang Menglembu, Manong

KUALA KANGSAR - Encik Abu Bakar kini sudah berusia 60 tahun dan berasal dari Kampung Simpang Menglembu. Dia masih lagi mengusahakan kerja kampung demi mencari sesuap nasi buat isteri dan anak-anaknya. Pendapatan bulanannya sekitar RM250 itulah yang digunakan untuk menampung perbelanjaan dapur mereka. Jika dia tidak bekerja maka tidak berasaplah dapur rumahnya.

Dia merupakan pesakit buah pinggang yang perlu menjalani dialisis serta menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis. Jabatan Kebajikan Masyarakat ada menyalurkan bantuan bulanan RM300 untuk meringankan bebanannya. Sudahlah perlu menjalani dialisis, tiga daripada lima orang anaknya masih belajar dan memerlukan perbelanjaan yang besar. Mujur dua orang anaknya sudah bekerja dan memberi sumbangan bulanan kepadanya untuk membantu menampung persekolahan adik-adik mereka.

Kesusahan hidup Encik Abu Bakar tidak terhenti di sini. Kini rumah yang menjadi tempat mereka sekeluarga berteduh sudah tidak lagi selamat untuk didiami. Tiang-tiang bawah rumahnya sudah lama reput dan dia menggantikan batu-bata untuk menampung kestabilan rumahnya. Kini tiang-tiang sebelah atas rumahnya pula sudah hampir reput kesemuanya dan dimakan anai-anai. Atap-atap rumah mereka berlubang-lubang dan tidak mampu diganti oleh Encik Abu Bakar. Lantai rumah yang diperbuat daripada papan sudah mula reput menanti rebah di kebanyakan bahagian.

Syukur doanya dimakbulkan Tuhan. MAIPk bersetuju meluluskan peruntukan khas bagi bantuan bina rumah jenis A (3 bilik) melalui program Projek Baiti Jannati dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB). Setelah hampir setahun proses pembinaan berjalan, akhirnya rumah tersebut pun siap. Rumah baharu bernilai RM50,000 itu telah diserahkan kepada Encik Abu Bakar pada 1 April 2022 yang lalu. Kunci rumah tersebut diserahkan oleh Encik Mohamad Hafizi bin Mohamah Nor selaku Pegawai Baitulmal Daerah. Semoga dengan bantuan ini, mereka sekeluaga hidup lebih selesa tanpa kebimbangan lagi.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.