BANTUAN BINA RUMAH : RUMAH TEMPAT BERTEDUH
Alang @ Alang Jamilah bt Mat Tasim
Kampung Karai, Enggor
KUALA KANGSAR – Hidup bahagia dan mempunyai pasangan hidup merupakan idaman semua orang. Begitulah yang dihadapi oleh Puan Jamilah dari Kampung Karai. Panas yang disangka hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Suaminya pergi menghadap Ilahi. Tinggallah dia seorang diri meneruskan kehidupan dengan secebis kenangan bersama suami. Dunia tiba-tiba gelap dan sunyi apabila tiada suami di sisi, sudahlah mereka tiada anak. Semakin sunyi hidup Puan Jamilah kini.
Puan Jamilah hidup berpindah-randah, tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap. Akhirnya Puan Jamilah tinggal di rumah adiknya di Kampung Karai. Rumah tersebut sudah lama kosong kerana adiknya yang sudah berkeluarga telah berhijrah ke Kuala Lumpur.
Pendapatan Puan Jamilah pun tidak menentu. Dia hanya bergantung dengan hasil bercucuk tanam di sekeliling rumah. Mujur tubuh badannya masih gagah untuk berkebun. Dapatlah dia mencari sesuap nasi dengan tulang empat keratnya tanpa perlu mengharapkan orang lain. Purata jualan hasil tanamannya adalah sebanyak RM200 sebulan. Dapatlah dia menampung keperluan hidupnya sendiri.
Kini rumah adiknya, tempat dia berteduh itu, sudah tidak selamat lagi untuk didiami. Rumah yang dahulunya berdiri gagah sudah menunggu masa menanti rebah. Banyak bahagian rumah yang mulai reput, atapnya pula sudah bocor, daun tingkap bahagian depan rumahnya sudah tercabut. Apabila cuaca hujan, angin dan tempias hujan akan memasuki rumahnya melalui ruangan tingkap yang tercabut itu.
Jadi Puan Jamilah tampil memohon bantuan bina rumah MAIPk di atas tapak rumah sedia ada milik adiknya. Besar harapannya agar permohonannya diluluskan MAIPk kerana rumah itu sahajalah yang menjadi tempatnya berteduh dan boleh bercucuk tanam. Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu jawapan, akhirnya dia menerima khabar gembira daripada MAIPk. Puan Jamilah tinggal di Kuala Lumpur bersama adiknya sementara proses pembinaan rumahnya selesai.
Pada 1 April 2022, rumah baharu jenis dua bilik berkeluasan 600kp itu diserahkan semula kepada Puan Jamilah. Rumah yang bernilai RM54,000 itu diserahkan oleh Encik Mohamad Hafizi Bin Mohamah Nor, selaku Pegawai Baitulmal Daerah Kuala Kangsar. Semoga dengan bantuan rumah baharu ini kehidupan Puan Jamilah lebih selesa dan keselamatannya terpelihara.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my