• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN BINA RUMAH : DEMIMU ISTERIKU

Abd Manap bin Nobri @ Alaudin
Kampung Perik, Enggor

KUALA KANGSAR - Encik Manap yang berumur 43 tahun merupakan anak jati Kampung Perik, Kuala Kangsar. Dia sudah berkahwin dan memiliki tiga orang cahaya mata. Isterinya merupakan suri rumah sepenuh masa. Seorang anaknya bersekolah di SK Kampung Nasib. Manakala dua lagi anaknya masih kecil. Encik Manap bekerja sebagai pemandu lori. Dengan pendapatan sekitar RM900 sebulan itulah dia menyara keluarga kecilnya. Mereka perlu berjimat cermat memandangkan seorang anaknya sudah bersekolah.

Anak-anaknya sudah semakin bertambah. Bilik di rumah ibunya pula tidak mencukupi. Setiap hari dia dan anak-anaknya serta sebahagian ahli keluarga perlu tidur di ruang tamu. Dia tetap bersyukur kerana masih ada tempat untuknya dan keluarga menumpang berteduh. Namun, dia kasihan akan isterinya yang siang malam terpaksa bertudung walaupun di dalam rumah bagi menjaga auratnya dengan ipar-ipar lelaki yang lain. Besar pengorbanan isterinya demi memelihara aurat dirinya. Encik Manap mula memikirkan hal ini apabila isterinya berpantang selepas melahirkan anaknya yang ketiga. Isterinya terpaksa menjalani pantangnya di ruang tamu rumah ibunya.

Serba salah Encik Manap menghadapi situasi begini setiap hari. Untuk menyewa rumah yang lain dia tidak mampu. Namun dia memiliki sebidang tanah di atas namanya sendiri, tanah yang diwarisi daripada keluarganya. Demi keselesaan isteri dan anak-anaknya dia memohon bantuan bina rumah di atas tanahnya daripada MAIPk. Alhamdulillah, rezeki menyebelahi mereka sekeluarga. MAIPk bersetuju meluluskan peruntukan khas bagi bantuan bina rumah jenis A (3 bilik) melalui program projek Baiti Jannati yang merupakan kerjasama MAIPk bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB). Bantuan rumah tersebut bernilai RM50,000.

Alhamdulillah pada 9 Mac 2022 merupakan hari penyerahan kunci rumah baharu mereka. Kunci tersebut diserahkan oleh Encik Mohammed Mursyid bin Mohd Zahis selaku Pegawai Baitulmal MAIPk. Diharapkan dengan bantuan ini dapat memberikan keselesaan kepada mereka sekeluarga dalam menjaga kehidupan bersyariat. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para muzakki yang sama-sama membantu kami meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka.

Sesungguhnya zakat anda mungkin kecil di mata anda namun nilainya sangat besar buat asnaf di luar sana. Malah dengan zakat anda itu dapat mengubah nasib kehidupan mereka. “Daripada anda, untuk mereka.” Teruskan berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk agar lebih ramai asnaf yang dapat kami santuni. Kini zakat anda boleh ditunaikan melalui online FPX. Lebih mudah, pantas dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.