YBhg. Dato’ Haji As'ad bin Awang Tokoh Maal Hijrah 1444 Negeri Perak
IPOH, 30 Julai 2022 – YBhg. Dato’ Haji As'ad bin Awang dinobatkan penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak bagi tahun 1444 Hijrah. Dato’ Haji As'ad merupakan Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak dan Anggota Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak. Penyampaian anugerah Tokoh Maal Hijrah disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah di di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru. Tahniah dan syabas diucapkan kepada YBhg. Dato’ Haji As'ad bin Awang, Tokoh Maal Hijrah 1444 Negeri Perak.