MAJLIS PENGANUGERAHAN WATIKAH PELANTIKAN
IPOH, 30 Julai 2022 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, berkenan menyempurnakan Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan kepada Pegawai Kewangan Negeri Perak, YB Tuan Mohd Zaki bin Mahyudin menjadi Anggota Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak, Mufti Negeri Perak, SS. Dato’ Haji Wan Zahidi bin Wan Teh dan Ketua Hakim Syarie Negeri Perak, YAA Tuan Haji Ab. Rahman Thobroni bin Mohd Mansor. MAIPk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima Penganugerahan Watikah Pelantikan.