BANTUAN MODAL : SANG PENONGKAH ARUS
Abdul Aziz bin Ishak
Kg. Sungai Balai Darat, Selekoh
BAGAN DATUK - Menyambung kisah hidup Encik Aziz yang gigih ke tengah laut menangkap ikan untuk mencari sesuap nasi buat keluarga besarnya. Dia tinggal bersama mertuanya di Kampung Sungai Balai Darat, Bagan Datuk. Anak-anaknya baru bersekolah dan ada yang masih kecil. Bot miliknya sudah uzur dan rosak. Seringkali dia menampal kebocoran pada bahagian bot itu. Kini dia tidak berani membawa botnya ke tengah laut lagi kerana bimbang akan berlaku masalah yang boleh membahayakan nyawanya.
Akhir-akhir ini dia terpaksa menumpang bot milik rakannya untuk ke laut. Jadi hasil tangkapan tersebut perlulah dibahagikan bersama. Hal ini membimbangkan Encik Aziz kerana pendapatannya semakin berkurangan, sudahlah hasilnya sedikit kemudian perlu dibahagikan pula. Sedangkan tanggungjawabnya semakin besar dalam menyara keluarga. Dia nekad memohon bantuan peralatan daripada MAIPk.
Hasil keputusan mesyuarat memutuskan Encik Aziz layak mendapat bantuan tersebut memandangkan dia sepenuh masa bekerja sebagai nelayan laut untuk menyara keluarganya. Pihak MAIPk telah menyalurkan bantuan berupa sebuah bot baharu beserta enjin Mercury 40 kuasa kuda bernilai RM18,000 kepadanya. Besar harapan kami agar Encik Azmi diberikan kesihatan tubuh badan yang berpanjangan agar dia dapat terus bekerja memenuhi keperluan keluarganya.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada para muzakki yang membantu kami meringankan bebanan Encik Azmi. Teruskan berzakat bersama-sama Zakat Perak-MAIPk supaya lebih ramai asnaf yang dapat kami santuni. Dana zakat daripada anda mampu membela nasib golongan asnaf. “Daripada anda, untuk mereka”. Untuk pembayaran zakat yang mudah, cepat dan selamat, tunaikan secara online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my