BANTUAN BINA RUMAH : TEDUHAN KASIH IBU
Norama Linda binti Sallehuddin
Alor Bakong, Langkap
TELUK INTAN - Menyambung perjuangan Puan Norama Linda yang berusaha untuk mewujudkan sebuah rumah sendiri di tanah miliknya. Tanah tersebut merupakan pemberian kerajaan negeri kepadanya. Puan Norama merupakan penerima bantuan bulanan daripada MAIPk sebanyak RM300. Dia juga menerima bantuan SOCSO arwah suaminya sebanyak RM480 sebulan. Berapalah yang dapat Puan Norama menabung setiap bulan, rumah sewa sahaja sudah RM400. Dengan baki wang RM380 itulah dia menyara persekolahan anaknya. Mereka sering ikat perut kerana duit tidak cukup hingga hujung bulan. Hal ini memaksanya melupakan keperluan kesihatannya kerana makan minum keluarga lebih utama. Untunglah anak sulungnya membantu melangsaikan bil eletrik dan membantu membeli barang dapur.
Pada bulan Oktober 2021 dia tekad menghubungi MAIPk untuk memohon bantuan bina rumah. Harapannya agar mereka sekeluarga dapat berteduh di rumah sendiri dan tidak perlu lagi membayar sewa bulanan yang sangat mahal baginya. Syukur kepada Allah SWT kerana permohonannya diluluskan.
Namun sekali lagi kisah sedih menimpa keluarga ini. Puan Norama Linda lebih dahulu bertemu Ilahi pada bulan Disember itu. Tidak sampai hajatnya melihat rumah impian mereka. Rupa-rupanya segala usahanya semata-mata untuk kesenangan anak-anaknya. Dia pergi setelah tapak rumah mereka didirikan. Dia pergi setelah yakin anak-anaknya terjamin hidup mereka. Sungguh suci kasihmu ibu. Berusaha keras mewujudkan kehidupan yang lebih selesa untuk anak-anaknya.
Hari berganti hari, akhirnya rumah mereka siap dibina. Rumah jenis 850kp yang bernilai RM76,500 itu diserahkan kuncinya kepada anak-anak Puan Norama Linda. Majlis penyerahan kunci pada 20 Jun 2022 itu disempurnakan oleh Pegawai MAIPk, Encik Sallehuddin bin Abdul Hanid. Sungguh tersentuh hati kami melihat wajah-wajah sayu anak Almarhumah, betapa rumah itu besar ertinya buat mereka. Rumah yang merupakan lambang kasih ibu buat mereka.
Ucapan terima kasih yang tak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Dana zakat anda kali ini telah bertukar bentuk kepada sebuah rumah baharu buat asnaf. “Daripada anda, untuk mereka.” Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my