BANTUAN BINA RUMAH : MENANTI SINAR BAHARU
Azhar bin Ahmad
Titi Gantong, Bota
SERI ISKANDAR - Menyambung kisah hidup Encik Azhar bin Ahmad yang berasal dari Parit 13 Titi Gantong itu yang mengambil upah meracun bendang dan memotong rumput di kampung tersebut. Dengan pendapatan yang kecil itu, dia bersama-sama isteri dan anaknya menetap di rumah peninggalan ibunya. Namun rumah tersebut sudah uzur dan banyak bahagian rumah yang perlu dibaiki. Dia tidak mampu membaiki rumah tersebut. Saban hari hidup mereka kian terganggu oleh lubang-lubang pada dinding yang semakin bertambah, lubang itu cuma mampu ditutup dengan sehelai kain sahaja.
Pada penghujung tahun 2020 dia tampil memohon bantuan daripada pihak MAIPk. Alhamdulillah, setelah diselidiki, Encik Azhar layak menerima bantuan bina rumah daripada MAIPk yang bernilai RM61,200. Rumah baharu mereka itu dibina bersebelahan dengan rumah peninggalan ibu pemohon. Hari yang ditunggu telah pun tiba, rumah yang bakal memberikan sinar baharu buat mereka sekeluarga telah pun siap dibina. Tanggal 20 April 2022 sesi penyerahan kunci rumah telah disempurnakan oleh Pegawai Baitulmal Daerah, Encik Ahmad Nazri bin Hassan. Diharapkan dengan bantuan ini dapat memberi keselesaan buat mereka sekeluarga.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada para muzakki yang membayar zakat. Zakat anda memberikan sinar baharu buat Encik Azhar sekeluarga. Teruskan menunaikan kewajipan anda dengan berzakat bersama-sama Zakat Perak-MAIPk agar lebih ramai asnaf yang dapat kami santuni. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my