BANTUAN BINA RUMAH : DOA YANG DIMAKBULKAN
Mat Asnan Bin Ahmad
Kampung Sira Panas, Bersia Lama, Gerik
GERIK - Mat Asnan bin Ahmad yang berasal dari Bersia Lama, Gerik, Perak setiap hari mengambil upah menoreh di kebun milik orang di sekitar Kampung Sira Panas. Dia yang sudah pun berkahwin dan mempunyai empat orang anak bertungkus lumus menyara keluarga. Isterinya merupakan suri rumah sepenuh masa, berusaha membesarkan anak-anak dengan sekadar apa yang ada. Adat menoreh, jika hujan turun maka tiadalah hasil pada hari itu.
Rumah yang didiami mereka itu bukan sahaja kecil dan beratap rendah, malah sebahagian lantai dan atap zinknya sudah mulai reput. Hal ini merunsingkan hatinya. Sementelah anak yang kian membesar, lasaknya usah dikira. Dia yang menoreh di luar sering bimbangkan keselamatan anak-anaknya yang suka bergurau berlari-lari di dalam rumah. Bimbang hatinya kalau-kalau anaknya terpijak lantai reput. Bahaya di mana-mana, tidur pun tak lena.
Dia mengambil keputusan memohon bantuan baik pulih rumah daripada MAIPk. Hasil daripada siasatan dan mesyuarat, kami memutuskan Encik Mat Asnan memang layak dibantu. Namun rumahnya itu tidak dapat dibaik pulih kerana kebanyakan bahagian sudah reput dan struktur binaan rumah bercelaru. Kami memutuskan untuk merobohkan rumahnya dan membina sebuah rumah yang baharu. Kini sebuah rumah jenis 3 bilik dan berkeluasan 850kp telah siap dibina di tanah mereka. Rumah yang bernilai RM76,500 itu telah disempurnakan penyerahan kuncinya oleh Pegawai Baitulmal Daerah Gerik, Encik Zul Azri bin Hosaini. Sayu hati kami melihat air mata kesyukuran yang mengalir pada wajah Encik Mat Asnan ketika itu.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada para muzakki yang setia bersama-sama kami membela nasib golongan asnaf yang memerlukan. Sesungguhnya zakat anda telah memberikan senyuman pada wajah mereka serta memberikan harapan dan sinar baharu dalam kehidupan mereka. Ayuh teruskan perjuangan ini dalam membantu golongan asnaf dengan berzakat bersama-sama Zakat Perak-MAIPk. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my