• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • 10 SYARIKAT KORPORAT SERAH ZAKAT PERNIAGAAN BERJUMLAH RM11.8 JUTA

10 SYARIKAT KORPORAT SERAH ZAKAT PERNIAGAAN BERJUMLAH RM11.8 JUTA

KUALA LUMPUR, 4 Julai 2022 – Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Mahgfur-Lah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM11,875,079.40 daripada 10 syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Changkat Persekutuan, hari ini.

Penyerahan itu didahului oleh Lembaga Tabung Haji yang diwakili Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan Tabung Haji, Tuan Haji Mustakim Bin Mohamad dengan jumlah bayaran RM7,170,596.71. Ia diikuti FGV Holding Berhad yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Tuan Mohd Nazrul Izam Bin Mansor dengan jumlah zakat perniagaan RM1,204,881.00.

Sementara itu, Bank Rakyat diwakili oleh Ketua Pegawai Kewangan, Tuan Nor Haimee Bin Zakaria menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM878,540.00. Turut menunaikan zakat perniagaan adalah Etiqa Family Takaful Berhad dan Etiqa General Takaful Berhad berjumlah RM695,330.00 yang diserahkan oleh Ahli JawatanKuasa Shariah, Profesor Dato’ Dr. Mohd Azmi Bin Omar.

Seterusnya, serahan zakat perniagaan daripada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) berjumlah RM592,374.17 diserahkan oleh Ahli Jemaah Pengarah, Dato’ Aimi Bin Haji Jusoh. Penyerahan zakat perniagaan bagi Bank Islam Malaysia Berhad diwakili oleh YBhg. Tan Sri Ismail Bin Haji Bakar, Pengerusi Bank Islam Malaysia Berhad dengan jumlah zakat RM435,000.00.
Selain itu, pihak Boustead Plantations Berhad menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM296,623.00 yang diserahkan oleh Pengarah Boustead Plantations Berhad, Maj. Gen. Dato’ Seri Hj. Khairuddin Bin Abu Bakar (R) J.P.

Turut menunaikan zakat perniagaan adalah Bank Muamalat Malaysia Berhad yang diwakili Ketua Jabatan Shariah,Tuan Mohd Izuwan Bin Mahyudin berjumlah RM276,734.52. Akhir sekali serahan zakat daripada R & Z Enterprise dan Sinar Beseri masing-masing diwakili oleh Encik Azim Bin Radin Mustapha Amiruddin dan Encik Shahril Azwan Bin Mutadho menyerahkan zakat berjumlah RM200,000.00 dan RM125,000.00.

Hadir sama dalam majlis berkenaan adalah YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dato’ Seri Diraja Dr. Mohd Zahidi Zainuddin; YABhg. Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd. Annuar Bin Zaini, Anggota MAIPk, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Ansary Bin Ahmed dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, YBrs. Tuan Shahrul Azam Bin Shaari.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.