BANTUAN BINA RUMAH : REBAH MENUNGGU MASA
Abdul Rahim bin Ismail
Simpang 4, Semanggol, Perak
Bantuan Bina Rumah
BAGAN SERAI - Encik Abdul Rahim yang berasal dari Semanggol, Perak melakukan kerja-kerja kampung untuk menyara hidupnya. Dia tinggal seorang diri di rumah pusaka yang sudah usang. Rumah yang dahulunya megah berdiri kini mula membahayakan nyawa. Kebanyakan bahagian kayu dalam rumahnya sudah uzur dan reput. Atap pula banyak yang bocor. Adakalanya dia terpaksa tidur dalam kebasahan kerana terkena percikan hujan pada malam hari. Tangga rumahnya juga sudah reput, kini dia sering tidur berhampiran pintu agar mudah dia berlari keluar jika rumahnya itu rebah menyembah bumi.
Ekoran daripada pendapatannya yang kecil, dia tidak mampu membaiki rumah tersebut. Hendak meminjam daripada kenalan, semuanya cukup-cukup makan. Setiap hari hatinya tidak tenang memikirkan nasib rumahnya. Hari berganti hari, keadaan rumahnya semakin uzur. Hal ini memaksa dia berbuat sesuatu. Akhirnya dia berjumpa dengan MAIPk untuk mengadu halnya. Dia berharap pihak zakat dapat membantunya membaik pulih rumah pusaka tersebut.
Hasil siasatan kami mendapati rumah itu tidak dapat dibaiki lagi kerana kebanyakan bahagiannya sudah terlalu uzur dan reput. Keputusan mesyuarat memutuskan Encik Abdul Rahim layak mendapat bantuan bina rumah MAIPk. Tiada kata yang dapat kami gambarkan semasa melihat wajahnya ketika itu, semua perasaan bercampur baur.
Setelah berlalu setahun, hari yang ditunggu pun tiba. Tanggal 23 Mei 2022 merupakan sesi penyerahan kunci rumah baharu kepada Encik Abdul Rahim yang telah disempurnakan oleh pegawai MAIPk, Encik Daud bin Shehamy. Rumah baharu dua bilik berkeluasan 600 kaki persegi itu diharapkan dapat memberi keselesaan kepada pemohon untuk meneruskan hidup.
Ucapan terima kasih yang tak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my