BANTUAN BINA RUMAH : DARI RUMAH FLAT
Rohana binti Arshad
Flat Sri Kurau, Kamunting
Bantuan Bina Rumah
TAIPING - Di rumah Flat Sri Kurau, Kamunting yang hanya ada dua buah bilik itu, Puan Rohana binti Arshad tinggal menyewa bersama-sama suami, seorang anak lelaki, seorang anak perempuan dan menantunya serta dua orang cucunya sejak 2012. Namun keadaan kudratnya dan suami yang telah menginjak ke usia 60-an agak menyukarkan untuk mereka turun naik ke rumah mereka yang berada di tingkat dua flat tersebut.
Puan Rohana dan suaminya tidak bekerja. Puan Rohana hanya mengambil upah mengasuh cucunya dengan bayaran sebanyak RM300 sebulan. Manalah termampu olehnya untuk menunaikan impian dan hasrat hatinya selama ini untuk memiliki rumah sendiri yang dibina di atas tanah tanpa perlu dia dan suaminya turun naik tangga seperti sekarang ini.
Memikirkan kesukaran yang terpaksa dihadapi olehnya dan suaminya, Puan Rohana bertekad memohon bantuan yang selayaknya daripada MAIPk. Amat besar harapannya untuk beroleh sesuatu yang dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu. Tambahan pula, itulah kali pertama dia memohon bantuan daripada MAIPk.
Syukur Alhamdulillah, MAIPk telah mendapat kerjasama daripada Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang yang telah meluluskan tapak rumah buat Puan Rohana di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Kampung Pasir pada Mac 2021 yang lalu. Puan Rohana telah pun menyelesaikan bayaran premium yang membolehkan hak milik tanah itu dikeluarkan.
Rezeki Puan Rohana tidak terhenti setakat itu. Akhirnya, sebuah rumah baharu tiga bilik bernilai RM61,200 siap dibina di atas tanah tersebut oleh MAIPk menerusi Program Wakalah Lembaga Air Perak. Syukurnya Puan Rohana sekeluarga atas bantuan ini. Ucapan terima kasihnya tidak terhingga kepada semua pihak yang telah merealisasikan impiannya itu. Dari rumah flat, kini dia sekeluarga dapat tinggal di rumah yang lebih sesuai dan selesa.
Buat para muzakki sekalian, demi asnaf yang perlu disantuni, teruskan istiqamah melaksanakan kewajipan berzakat bersama-sama Zakat Perak-MAIPk. Tunaikan zakat harta anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my.