• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN BINA RUMAH : RUMAH YANG SEBENAR

Mohd Norsyidi bin Shaari
Kampung Padang Setang, Gerik
Bantuan Bina Rumah


GERIK - Encik Mohd Norsyidi bin Shaari dari Kampung Padang Setang, Gerik sudah berkahwin dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang masih bersekolah. Untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga, dia bekerja sebagai penoreh getah di kebun getah pusaka dan terpaksa berkongsi hasilnya dengan empat orang adik-beradik. Untuk bahagiannya, dapatlah dia beroleh pendapatan sekitar RM600 sebulan. Isterinya pula tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Cuma, isterinya ada mengalami masalah kesihatan yang mana dia merupakan penghidap sakit sendi kronik, iaitu rheumatold atritis.

Apa yang menyedihkan adalah keadaan rumah yang didiami mereka sekeluarga. Walaupun dibina di tapak tanah sendiri, namun keadaan fizikal rumah itu sangatlah meruntun perasaan sesiapa sahaja yang melihatnya. Hanya itulah rumah kediaman yang termampu disediakan olehnya. Rumah itu dibina daripada bahan-bahan terbuang. Tiang dan beberapa bahagian rumah itu diperbuat daripada kayu-kayu hutan. Rasanya seperti sukar untuk membayangkan kehidupan harian mereka sekeluarga dengan keadaan rumah yang sedemikian rupa.

Bak kata orang, buruk-buruk pun rumah sendiri. Bukan tiada kerisauan di hatinya untuk terus membiarkan isteri dan anak-anaknya berteduh di rumah yang bukan pun selayaknya untuk diduduki. Akhirnya, dia memaksa diri untuk memohon bantuan yang layak bagi dirinya daripada MAIPk. Dalam fikirannya, kalau diberikan bantuan baik pulih rumah sahaja pun sudah cukup besar rahmat buat dirinya sekeluarga.

Pada 18 Januari 2022, Pegawai Baitumal MAIPk Gerik, Encik Zul-Azri bin Hosaini telah menjalankan siasatan lanjut untuk melihat keadaan sebenar rumah yang didiami oleh Encik Norsyidi sekeluarga. Malangnya, hasil siasatan itu mendapati rumah yang didiami oleh Encik Norsyidi itu tidak layak pun untuk menerima bantuan baik pulih rumah daripada MAIPk. Sebaliknya, bantuan yang paling wajar diberikan adalah bantuan bina rumah baharu yang lebih sempurna. Betapa terharu dan bersyukurnya Encik Mohd Norsyidi menerima kunci rumah baharu tiga bilik bernilai RM76,500 daripada MAIPk pada 30 Mei 2022 yang lalu. Berakhirlah kerisauannya akan keselamatan mereka sekeluarga.

Terima kasih para muzakki negeri Perak. Teruskan berzakat bersama-sama Zakat Perak-MAIPk untuk membela nasib lebih ramai asnaf. Tunaikan zakat harta anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.