• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN BINA RUMAH : MENGGANTI PONDOK USANG

Mat Puji bin Abdul Rashid
Jalan Baru Matang Jelutong, Bagan Serai
Bantuan Bina Rumah


BAGAN SERAI - Apabila menyaksikan sendiri keadaan rumah kediaman Encik Mat Puji bin Abdul Rashid dari Jalan Baru Matang Jelutong, Bagan Serai, dua persoalan serta-merta menerjah minda. Pertama, layakkah itu dipanggil rumah? Kedua, masih adakah orang yang terpaksa tinggal di “rumah” yang sebegitu daif keadaannya?

Namun, itulah realiti “rumah” kediaman Encik Mat Puji yang hakikatnya lebih merupakan sebuah pondok yang semakin daif dan usang. Bahkan sebenarnya dia telah tinggal di pondok itu sejak sepuluh tahun yang lalu.

Walau bagaimanapun, Encik Mat Puji tetap bersyukur kerana seusang mana sekalipun “rumahnya” itu, tetap di atas tapak tanah yang sudah menjadi miliknya yang sah. Tambahan pula, tubuh badannya masih sihat tanpa sebarang penyakit yang berbahaya. Dapatlah dia menggunakan tulang empat keratnya untuk terus mencari rezeki sebagai nelayan darat tanpa perlu meminta-minta daripada sesiapa.

Dengan pendapatan sekitar RM300 sebulan, dapatlah dia menjalani kehidupan seharian dengan seadanya. Tambahan pula, dia masih lagi bujang. Apa yang ada, itulah yang digunakan untuk perbelanjaan dirinya. Tidak pernah pula dia meminta atau menerima apa-apa bantuan daripada mana-mana pihak.

Kalau sudah rezeki, tidak akan ke mana. Akhirnya, MAIPk tampil untuk menggantikan pondok usang yang menjadi kediaman Encik Mat Puji sejak sekian lama itu dengan sebuah rumah dua bilik menerusi skim bantuan bina rumah. Syukur Alhamdulillah, setelah siap sepenuhnya, kunci rumah baharu tersebut diserahkan secara rasmi kepada Encik Mat Puji pada 23 Mei 2022 yang lalu.

Terima kasih para muzakki negeri Perak. Teruskan istiqamah melaksanakan kewajipan berzakat bersama-sama Zakat Perak-MAIPk. Zakat yang anda tunaikan itu menjadi talian hayat buat para asnaf yang memerlukan. Jom bersama-sama kami membela nasib golongan mustahiq. Tunaikan zakat harta anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.