BANTUAN BINA RUMAH : RUMAH IMPIAN
Siti Mulia binti Sarkawi
Teluk Pial Tengah, Kuala Kurau
Bantuan Bina Rumah
PARIT BUNTAR - Jika dilihat dari luar sekalipun, rumah pusaka peninggalan arwah suaminya yang didiami oleh Puan Siti Mulia binti Sarkawi dari Teluk Pial Tengah, Kuala Kurau bersama-sama dua orang anaknya itu memang jelas kelihatan usangnya.
Ternyata rumah pusaka itu sudah tidak selamat untuk didiami. Rumah bahagian atas sudah reput strukturnya. Bumbung yang ada juga reput. Bilik air dan tandas di rumah itu juga kurang selamat untuk digunakan.
Apalah yang termampu dilakukan oleh Puan Siti Mulia. Dia sendiri tidak bekerja bahkan hanya bergantung dengan bantuan kewangan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300. Anak lelakinya pula hanyalah bekerja kampung dengan pendapatan yang tidak menentu. Diuji pula dengan keadaan anak perempuannya yang berstatus OKU lembam dengan pelbagai kerenah yang sering menguji kesabaran dan kasihnya sebagai seorang ibu.
Mujurlah rumah pusaka peninggalan arwah suaminya itu terletak di atas tapak tanah milik suaminya sendiri. Kalau tidak, tentu lebih sukar kehidupan mereka sekeluarga. Atas keprihatinan orang ramai, keadaan rumah Puan Siti Mulia itu sampai ke pengetahuan MAIPk.
Apabila siasatan lanjut dijalankan oleh Pegawai MAIPk Parit Buntar, ternyata Puan Siti Mulia selayaknya menerima skim bantuan bina rumah MAIPk. Keadaan rumah itu sudah tidak sesuai untuk dibaik pulih. Oleh itu, MAIPk telah meluluskan pembinaan sebuah rumah baharu di atas tapak yang sama demi keselamatan, kesejahteraan dan keselesaan Puan Siti Mulia sekeluarga.
Alhamdulillah, kini Puan Siti Mulia dan anak-anaknya dapat menjalani kehidupan harian mereka dengan lebih baik dan selamat. Syukurnya tidak terhingga. Ucapan terima kasihnya kepada MAIPk dan para muzakki jelas menunjukkan rasa gembira yang tidak terhingga kerana akhirnya beroleh rumah impiannya itu.
Jazakumullahu khairan kathira buat para muzakki negeri Perak sekalian. Teruskan istiqamah berzakat bersama-sama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang berhak dibela. Tunaikan melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my/