BANTUAN BINA RUMAH : SELESA DI RUMAH SENDIRI
Siti Aminah binti Mat Zin
Kampung Pantai Besar, Batu Kurau
Bantuan Bina Rumah
TAIPING - Puan Siti Aminah binti Mat Zin dari Kampung Pantai Besar, Batu Kurau sudah lama berpisah dengan suaminya dan tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang perkahwinannya yang lalu. Dia akhirnya terpaksa tinggal menumpang di rumah adiknya apabila rumah pusaka yang didiaminya runtuh.
Tambahan pula dia tidak bekerja dan bergantung kepada bantuan kewangan bulanan daripada MAIPk sebanyak RM300 untuk menyara kehidupannya sendiri. Atas ihsan adiknya itu, dapatlah dia menumpang tinggal bersama-sama adiknya itu. Walau bagaimanapun, saiz rumah adiknya itu kurang sesuai untuk menampung isi rumah sebanyak tujuh orang termasuk diri Puan Siti Aminah sendiri. Serba salah juga dirinya kerana bimbang menyusahkan adiknya suami isteri serta empat orang anak mereka. Apatah lagi, adiknya itu sanggup menanggung makan minumnya sepanjang dia tinggal di rumah itu.
Puan Siti Aminah merasakan alangkah baiknya jika dia memiliki rumah sendiri. Walaupun adiknya sekeluarga melayan dan menerima kehadirannya tinggal bersama-sama mereka dengan baik, namun dia merasakan bahawa kehadirannya sedikit sebanyak menimbulkan ketidakselesaan disebabkan saiz rumah itu sendiri.
Alhamdulillah, hasrat dan impian Puan Siti Aminah dikabulkan Allah SWT apabila MAIPk meluluskan bantuan bina rumah untuknya pada 25 November 2020. Malangnya, bantuan rumah tersebut tergendala apabila negara dilanda pandemik Covid-19. Setelah dinilai semula, pada 29 Oktober 2021, bantuan bina rumah itu diluluskan sekali lagi dengan kos sebanyak RM54,000. Setelah siap sepenuhnya, rumah baharu itu pun diserahkan kepada Puan Siti Aminah. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kegembiraan dan kesyukuran yang dirasai oleh Puan Siti Aminah. Hanya doa dipanjatkan kepada Allah SWT agar merahmati para muzakki negeri Perak yang telah memungkinkan dirinya memiliki rumah sendiri.
Yakinilah Zakat Perak-MAIPk untuk anda serahkan zakat harta yang telah memenuhi syarat wajibnya. Dengan menyerahkannya kepada kami, zakat anda akan dapat dikumpulkan sebagai dana yang besar untuk diagihkan secara berkesan dan menepati keperluan setiap asnaf yang disantuni. Tunaikan zakat anda kepada Zakat Perak-MAIPk menerusi online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my.