BANTUAN PERUBATAN : MERINGANKAN BEBAN YANG BERAT
Rosli bin Jamhari
Kampung Sungai Betul Bawah, Tanjong Piandang
Bantuan Perubatan
PARIT BUNTAR - Dalam usianya yang sudah mencecah 51 tahun, Encik Rosli bin Jamhari dari Kampung Sungai Betul Bawah, Tanjong Piandang, sanggup hidup membujang semata-mata untuk menjaga kedua-dua orang ibu bapanya yang telah berusia lanjut dan uzur pula.
Untuk menampung kehidupan dirinya dan ibu bapanya itu, Encik Rosli bekerja sebagai nelayan. Hasil pendapatannya yang tidak seberapa itulah dia menyara kehidupannya dan kedua-dua orang ibu bapanya itu. Namun, ujian datang melanda dirinya. Munculnya Januari 2022 membawa bersama-samanya pengesahan daripada doktor bahawa Encik Rosli menghidap penyakit kanser usus tahap 3. Oleh itu, ususnya terpaksa ditebuk dia perlu mamakai beg stoma.
Dalam sekelip mata, Encik Rosli kehilangan sumber pendapatannya. Dia sudah tidak boleh meneruskan pekerjaannya sebagai nelayan. Pada masa yang sama, dia perlu menyediakan sebanyak RM600 sebulan untuk menampung kos pembelian beg stoma yang perlu dipakainya itu.
Syukur Alhamdulillah, pada 16 Mac 2022 yang lalu, Encik Rosli telah menerima bantuan yang diperlukannya daripada MAIPk. Bantuan tersebut berupa bantuan keperluan perubatan untuk tempoh selama enam bulan bernilai RM4500.00 dan juga bantuan kewangan bulanan sebanyak RM300.00.
Begitulah kehidupan kita di dunia ini. Ada kalanya ujian datang bertimpa-timpa. Namun, ujian itu sebenarnya bukan sahaja untuk orang yang mengalaminya bahkan ujian tersebut juga adalah untuk menilai sama ada kita termasuk dalam kalangan orang yang mengambil berat tentang hal ehwal sesama Mukmin atau sebaliknya.
Terima kasih para muzakki negeri Perak. Atas keyakinan anda menunaikan kewajipan berzakat bersama-sama Zakat Perak MAIPk, pelbagai bentuk bantuan yang bersesuaian dapat mewarnai kehidupan golongan mustahiq. Teruskan istiqamah berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk. Tunaikan melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my.