• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN PERALATAN : MENINGKATKAN PRODUKTIVITI

Rozerah binti Abdul
Kampung Sangkut, Batu Kurau
Bantuan Modal Peralatan


SELAMA - Puan Rozerah binti Abdul dari Kampung Sangkut, Batu Kurau bukanlah orang yang hanya pasrah kepada takdir. Dia tetap bangkit mengharungi hidupnya dengan penuh keyakinan bahawa rezeki itu ketentuan Allah SWT. Kini, tanggungjawab menyara diri dan empat orang anaknya tergalas di atas bahunya setelah kematian suaminya.

Sebagai usahanya untuk mencari rezeki yang halal, Puan Rozerah berniaga kerepek pisang. Sebenarnya, sudah sepuluh tahun juga Puan Rozerah mengusahakan perniagaannya itu. Namun hasilnya tidaklah seberapa kerana usaha niaganya itu mampu dilakukan secara kecil-kecilan sahaja. Dalam tempoh tersebut, dia sudah ada pelanggan tetap dan ada juga menerima tempahan daripada pelanggan tetapnya mahupun pelanggan yang baharu. Malangnya, banyak juga tempahan yang terpaksa ditolak olehnya.

Dia tidak mampu memenuhi permintaan mahupun tempahan kesemua pelanggannya. Banyak yang terpaksa ditolak. Bukan kerana kekurangan fizikal dirinya tetapi peralatan yang dimilikinya tidak memungkinkan dia memenuhi permintaan dan tempahan para pelanggannya itu. Kebanyakan peralatan yang digunakannya bolehlah dianggap sudah terlalu uzur.

Betapa bersyukurnya Puan Rozerah apabila permohonannya untuk mendapatkan bantuan modal peralatan daripada MAIPk telah diluluskan. Akhirnya, dia diberikan bantuan modal peralatan berupa dapur kuali, kuali bersaiz 30, stock pot, pembakar serta meja dan kerusi plastik bernilai RM4997.00.

Semoga dengan bantuan yang dihulurkan itu membolehkan Puan Rozerah meningkatkan produktiviti jualan kerepek pisangnya sehingga mampu meningkatkan pendapatan untuk menyara kehidupannya dan anak-anak dengan lebih baik lagi.

Terima kasih para muzakki negeri Perak yang terus meyakini Zakat Perak-MAIPk Dengan zakat yang anda tunaikan itu, pelbagai bentuk bantuan dapat disalurkan kepada golongan mustahiq mengikut keperluan sebenar mereka. Teruskan berzakat bersama-sama Zakat Perak-MAIPk menerusi online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.