TAKLIMAT ZAKAT DI PEJABAT TENAGA KERJA SERI MANJUNG
MANJUNG - Sebagai menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam menyebarkan dakwah zakat, satu taklimat zakat MAIPk diadakan di di Bilik Mesyuarat, Pejabat Tenaga Kerja Seri Manjung terdiri 18 orang kakitangan pejabat Pejabat Tenaga Kerja, Seri Manjung. Pegawai Baitumal Daerah Manjung, Encik Mohamad Razif bin Mokhtar memberi taklimat tersebut. Pengisian taklimat zakat tersebut penerangan tentang skim pembayaran zakat menerusi potongan gaji, zakat pendapatan, ilmu kiraan zakat dan cara potongan gaji.
Tahniah dan terima kasih kepada pihak pengurusan Pejabat Tenaga Kerja, Seri Manjung yang telah berinisiatif untuk sama-sama menyebarkan dakwah zakat ini dalam kalangan warga kerja mereka. Semoga seluruh premis dan warga yang bernaung di dalamnya sentiasa dilimpahi rahmat Allah SWT.
Mana-mana organisasi yang ingin menjemput MAIPk untuk menjalankan program sebegini di premis masing-masing, bolehlah menghubungi Bahagian Pemasaran MAIPk menerusi talian pejabat 05-2084100 atau berhubung terus dengan Ustaz Shameer di talian 018-9529740. Tetapkan janji temu untuk pihak MAIPk berkunjung ke premis anda. Bersama-sama kita sebarkan syiar zakat demi kehidupan yang lebih berkat di dunia dan di akhirat.