• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Bantuan Bina Rumah MAIPk : Merealisasikan Yang Tidak Pernah Diimpikan

Bantuan Bina Rumah MAIPk : Merealisasikan Yang Tidak Pernah Diimpikan

Noor Aza binti Abdul Aziz
Jalan Baru Batu 7, Changkat Jering
Bantuan Bina Rumah

TAIPING - Tidak pernah terlintas dalam impiannya bahawa suatu hari nanti dia akan dapat juga memiliki sebuah rumah sendiri. Dia sedar akan keadaan dirinya yang sudahlah tidak bekerja, tinggal pun hanya menumpang di rumah ibunya semenjak kematian suaminya.

Begitulah yang dialami oleh Puan Noor Aza binti Abdul Aziz yang tinggal di Jalan Baru Batu 7, Changkat Jering, Perak. Cabaran kehidupannya sebagai ibu tunggal bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, dia tetap bersyukur kerana masih dapat menikmati pencen arwah suaminya sekitar RM900 untuk menampung kehidupan sehariannya dengan anak tunggal mereka selain menjaga ibunya yang sudah uzur. Sebab itulah dia tidak pernah mengimpikan akan dapat memiliki rumah sendiri.

Mana mungkin dia memiliki rumah dalam keadaan dirinya tidak bekerja. Bukan tidak pernah mencuba untuk mencari pekerjaan tetapi Puan Noor Aza ada sedikit masalah yang menyebabkan agak sukar dirinya diterima bekerja. Puan Noor Aza mempunyai masalah pertuturan selain faktor usianya juga.

Apabila beroleh bantuan bina rumah daripada MAIPk dengan kerjasama Lembaga Air Perak, bagi Puan Noor Aza semua itu umpama merealisasikan sesuatu yang tidak pernah diimpikannya! Akhirnya, pada 31 Januari 2022 yang lalu rumah baharu Puan Noor Aza yang bernilai RM61,200 itu pun siap sepenuhnya dan diserahkan kepadanya. Kini, Puan Noor Aza sekeluarga berasa amat bersyukur kerana dapat tinggal di rumah sendiri yang baharu dan lebih selamat serta selesa. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi.

Teruskan berzakat bersama-sama Zakat Perak-MAIPk. Masih banyak golongan asnaf yang memerlukan pembelaan. Dengan berzakat bersama-sama kami, pelbagai bentuk bantuan dapat disalurkan kepada golongan mustahiq mengikut keperluan sebenar mereka. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.