PROGRAM ZIARAH RAMADHAN 1443H
IPOH, 28 April 2022 - Nasib golongan asnaf fakir dan miskin sentiasa menjadi perhatian pihak MAIPk dalam memastikan kumpulan ini menerima zakat dan dibantu sebaiknya. Program Ziarah Ramadan bertujuan menziarahi asnaf bagi membantu meringankan beban serta memberikan keceriaan kepada para asnaf menjelang Hari Raya Aidilfitri. Pihak MAIPk menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf di lima buah rumah sekitar daerah Kinta.
Bantuan berupa kotak makanan, hamper raya dan duit raya disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Shahrul Azam bin Shaari, Anggota MAIPk, YBhg.Dato' Haji As'ad bin Awang dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk (Pembangunan), Puan Wan Maizura binti Haji Wan Zahari dan pegawai-pegawai Bahagian Agihan Zakat. Hasil kunjungan, pelbagai bantuan dikenalpasti oleh pihak MAIPk seperti bantuan kewangan bulanan, bantuan rumah sewa bulanan, bantuan modal dan bantuan hemodialisis.