Risalah Zakat Fitrah diedar Di UTC Perak
Jumaat, 19 Julai 2013 - Satu program mengedarkan risalah zakat fitrah telah diadakan di UTC Perak. Risalah telah diedarkan kepada setiap agensi yang beroperasi di UTC Perak, peniaga-peniaga di sekitar bangunan UTC dan orang awam yang berkunjung ke UTC. Program ini bertujuan untuk memberikan maklumat dan kesedaran kepada kakitangan agensi yang bertugas di UTC Perak, peniaga-peniaga di Pasar Besar Ipoh dan orang awam untuk pembayaran zakat fitrah yang ada disediakan oleh MAIPk UTC Perak.