• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

PROJEK PENTERNAKAN IKAN

===================
BERITA DARI MUALLIM
===================
Muhammad Khalifah bin Ibrahim
Kampung Rasau, Slim Village, Slim River
Bantuan Modal Peralatan

Orangnya masih muda belia dan sihat tubuh badan. Berusia 31 tahun, Encik Muhammad Khalifah bin Ibrahim sudah berkahwin tetapi belum dukurniakan cahaya mata.

Encik Muhammad Khalifah pernah bekerja kilang. Namun, semenjak PKP dia telah diberhentikan kerana majikannya terpaksa mengecilkan operasi kilang tersebut. Isteri Encik Muhammad Khalifah pula suri rumah sepenuh masa.

Semasa masih bekerja dahulu, dapatlah dia meraih pendapatan sekitar RM700 sebulan. Dia perlu membayar ansuran kereta sebanyak RM390.00 sebulan dan bil utiliti sebanyak RM150 sebulan. Apabila diberhentikan, majikannya telah memberikan pampasan sebanyak RM10,000.00 yang mana duit itu digunakan untuk membeli kolam dan memulakan penternakan ikan air tawar.

Dia pernah mengikuti kursus berkaitan penternakan ikan air tawar dan pemasarannya dengan pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Selangor. Kini, dia sedang menternak ikan keli sebanyak lebih kurang 7000 ekor. Namun, apa yang dikhuatirkannya adalah permakanan. Untuk menuai hasil dengan lebih cepat, dia perlu memberikan ikan ternakannya itu makan dengan kerap. Hal ini melibatkan kos yang agak tinggi dan dia tidak mampu untuk bergerak dengan lebih proaktif kerana kekangan kewangan.

Melihatkan potensi dirinya, MAIPk telah menyalurkan bantuan modal sebanyak RM10,000.00 bagi membolehkannya menjadi usahawan asnaf yang berjaya suatu hari nanti yang dapat dijadikan contoh kepada yang lain.

Terima kasih para muzakki negeri Perak. Inilah antara usahawan yang telah berjaya anda lahirkan dengan melaksanakan kewajipan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk. Teruskan berzakat bersama-sama kami.

Mudah, cerpat dan selamat melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.