• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

PROGRAM JEJAK ASNAF MAIPk 2022 DAERAH BAGAN DATUK

Pada hari Isnin, 21 Mac 2022, Program Jejak Asnaf MAIPk Daerah Bagan Datuk diadakan dengan tumpuan kepada beberapa asnaf di sekitar Kg. Teluk Bharu. Program kali ini turut disertai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Pn. Wan Maizura binti Wan Zahari, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat , Ust. Bakri bin Lee, Pegawai Baitulmal Daerah Bagan Datuk, En. Mohd Shahmer Mahzuz bin Mohd Zin dan urusetia daripada Bahagian Agihan Zakat dan MAIPk Bagan Datuk. Program dimulakan dengan taklimat ringkas di Pejabat MAIPk Daerah Bagan Datuk pada jam 11.30 pagi.

Lawatan ke rumah pertama, pihak MAIPk singgah menyantuni En. Mohd Shahrir Syafiq bin Yaacob berusia 37 tahun yang masih berstatus bujang dan tinggal di rumah pusaka milik arwah bapanya dalam keadaan amat usang serta tidak selamat lagi untuk diduduki. Beliau hanya bekerja kampung dengan mengait sawit & meracun di kebun orang dengan pendapatan bulanan sekitar RM800.00 hingga RM1,000.00 sahaja. Melihat dari sudut pandangan luaran, terdapat keperluan untuk pihak MAIPk mempertimbangkan kelulusan Bantuan Rumah untuk beliau.

Rumah kedua yang dikunjungi ialah Pn. Siam binti Abdul Rahman yang berusia 90 tahun dan berstatus balu. Beliau kini dijaga oleh anaknya yang tinggal bersebelahan rumahnya yang juga merupakan penerima Bantuan Bina Rumah MAIPk. Beliau tidak menerima bantuan daripada mana-mana agensi dan berharap pihak MAIPk dapat mempertimbangkan Bantuan Baik Pulih Rumah bagi membaiki atap rumahnya yang mengalami kebocoran di beberapa tempat yang menyebabkan rumahnya sering kali dimasuki air apabila hujan.

Asnaf terakhir yang dikunjungi semalam ialah Encik Hasni bin Dahalan berusia 47 tahun yang tinggal seorang diri di rumah pusaka milik keluarganya. Keadaan rumah beliau serba kekurangan dan amat dhaif. Pihak MAIPk akan mempertimbangkan bantuan yang sewajarnya untuk beliau.
Alhamdulillah, program pada hari tersebut dapat mencapai objektif yang disasarkan. Kesemua asnaf tersebut akan terus mendapat pembelaan MAIPk. Program berakhir menjelang pada jam 1.30 tengahari.

Semoga para muzakki negeri Perak terus bersama-sama kami dalam menyantuni dan membela nasib golongan asnaf yang memerlukan. Teruskan berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk. Tunaikan saja secara online FPX.

Klik https://ezakat.maiamp.gov.my.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.