• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Program Ziarah Asnaf MAIPk Daerah Lenggong

LENGGONG, 9 Mac 2022 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) terus mempergiatkan usaha dalam menjalankan program Ziarah Asnaf. Pada kali ini ia diadakan di sekitar daerah Lenggong dengan menziarahi lima buah keluarga di Kg. Melayu Padang Gerus, Kg. Temelong, Kg. Banggol Belimbing, Kg. Masjid Kuak dan Kg. Pengkalan Ikan. Program ziarah asnaf tersebut telah diketuai oleh Orang Besar Jajahan Hulu Perak, YDH. Toh Muda Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda Dato' Ar.LA Meor Roslan bin Dato’ Seri Hj. Meor Ahmad Rashidi, Pegawai Baitulmal Daerah Lenggong, Encik Ariffullah bin Mahsuri, Penghulu Mukim Lenggong, Penghulu Mukim Durian Pipit, Penghulu Mukim Temelong, kakitangan MAIPk Lenggong dan Pejabat Orang Besar Jajahan.

Program bersifat turun padang ini bertujuan menyelami kelangsungan hidup asnaf di samping melihat keperluan lain yang layak disantuni. Nasib golongan asnaf sentiasa menjadi perhatian MAIPk dengan pelbagai jenis bantuan telah disalurkan kepada asnaf-asnaf yang dikunjungi seperti bantuan bina rumah, bantuan perubatan, bantuan bulanan, bantuan modal dan bantuan projek cili fertigasi.

Program Ziarah Asnaf membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan asnaf tersebut serta dapat menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pembayar zakat negeri Perak, kerana anda golongan asnaf dapat dibantu hasil daripada pembayaran zakat yang berterusan kepada MAIPk. Semoga pembayar-pembayar zakat dilimpahi rezeki yang berpanjangan dan zakat ini menjadi bekalan pada hari akhirat kelak.








.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.