Zakat Fitrah Boleh Dibayar Di MAIPk UTC Perak
Rabu, 10 Julai 2013 - Bermulanya bulan Ramadhan Al-Mubarak 1434H, umat Islam di seluruh dunia akan memulakan ibadat puasa bagi memenuhi tuntutan Rukun Islam ke lima yang jatuh pada 10 Julai 2013. Salah satu ibadah yang wajib ditunaikan ialah menunaikan zakat fitrah. Kadar zakat bagi tahun 2013 (1434H) ialah RM7.00. Sehubungan itu, umat Islam yang tinggal di sekitar Bandaraya Ipoh boleh menunaikan zakat fitrah di kaunter pejabat MAIPk UTC Perak. Orang ramai boleh berurusan di kaunter MAIPk UTC Perak mulai jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad kecuali cuti umu