• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Orang Malim Nawar Antara 5 Graduan Al Azhar Terbaik Bidang Aqidah Dan Falsafah

Orang Malim Nawar Antara 5 Graduan Al Azhar Terbaik Bidang Aqidah Dan Falsafah

Nur Amiera Adzreen anak bongsu pasangan Encik Mohd Azhar bin Aliyuddin dan Puan Rohana binti Abd. Hamid daripada 3 orang adik beradik. Amiera merupakan Graduan Universiti Al Azhar bagi sesi pengajian 2020/2021 dalam bidang Usuluddin (Aqidah dan Falsafah) mendapat keputusan Jayyid Jiddan Bil Martabat Syaraf (84%).

Keputusan ini telah di umumkan oleh pihak Universiti bagi peringkat Mahasiswa Antarabangsa (Wafidat)
Amiera mendapat pendidikan awal di

- Maahad Tahfiz Wal Qiraat Addin Parit - 2
-SABK Maahad Al - Ummah, Chemor
-SM Raja Dr .Nazrin Shah ( SARJANA)
Pencapaian akademik setiap tahun di Universiti Al Azhar.
Tahun 1 - Jayyid Jiddan
Tahun 2 - Jayyid Jiddan
Tahun 3 - Jayyid Jiddan
Tahun 4 - Jayyid Jiddan

Bidang pengajian yang dipilih oleh Amiera bukan merupakan pilihan ramai Mahasiswa Malaysia di Mesir kerana dimaklumi cabaran dan kesukarannya berkaitan pemikiran.

Amiera berkongsi kepada admin
“Banyak pengalaman pahit manis mengajar saya disana,tapi suka saya untuk ceritakan yang satu ini...

Ketika mana saya harus memilih satu sahaja pengkhususan(Tafsir,Hadis dan Aqidah Falsafah) untuk dipelajari setelah 2 tahun pengajian am.

Saya memilih untuk mengambil Aqidah Falsafah disebabkan minat saya ke arah itu dan setelah saya mengambil dan mendengar pendapat senior dan kawan-kawan juga.

Dan saya juga menerima sedikit kritikan, kerana mengambil takhasus ini katanya kerana saya seorang perempuan dan tidak sesuai belajar dlm bidang pemikiran ini ,disebabkan kerana pandangan perempuan selalu tak diterima.

lagi bertambah rasa ingin tahu saya dalam bidang ini,bagi saya semua berhak tahu dan belajar tentang aliran-aliran ini tanpa mengira jantina.

Setidaknya itu adalah usaha kita untuk menjaga diri dari fahaman yang salah dan terpesong terutama di akhir zaman ini yang mana terlalu banyak kecelaruan pemikiran berlaku.

Ia juga telah menjadi salah satu faktor buat saya lagi semangat untuk belajar dengan lebih mendalam dan menyebarkan kebaikan,walau ramai kata pengkhususan ini agak sukar.

Antara nasihat dari guru azhar yang menjadi pedoman buat saya dan moga ia menjadi teladan juga buat semua , sentiasa muhasabah memperbaiki diri,orang terdekat dan orang sekeliling serta mulakanlah perubahan zohir mahupun ruhiy.

Ala kulli hal , Alhamdulillah thuma Alhamdulillah diberi izin oleh Allah swt selesaikn pengajian ijazah di Universiti Al - Azhar.
Akhir kalam, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ibu bapa saya dan seluruh ahli keluarga saya yang sentiasa mendoakan saya dan banyak membantu saya dari segala sudut hatta dari sudut kewangan, moral dan lain- lain.

Jutaan terima kasih juga buat pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) , Pegawai Atase Perak di Mesir dan kepada pembayar zakat perak terutamanya, dengan wang zakat yang diberikan telah banyak membantu dan meringankan beban saya sepanjang saya menuntut ilmu di bumi Mesir ini .

Tidak akan lupa segala kebaikan dan jasa-jasa baik semuanya,semoga Allah SWT membalas dengan sebaik-baik balasan".

Sirru ala Barakatillah
Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati kalian semua.
__________________________________________
Skala Pemarkahan Al Azhar
MUMTAZ : 90-100
JAYID JIDDAN : 80-89
JAYID : 65-79
MAQBUL : 50-64
ROSIB : 0-49









.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.