• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Gadis Teluk Intan: Pergi Dengan Harapan,Pulang Dengan Kejayaan

Gadis Teluk Intan: Pergi Dengan Harapan,Pulang Dengan Kejayaan

Noor Faeza binti Arshad , merupakan anak ke 5 dari 9 orang adik beradik pasangan Haji Arshad bin Saai dan Hajjah Sabariah bt Sulam. Noor Faeza mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Agama Al Munir, Teluk Intan dan Sekolah Menengah Agama Irshadiah Addiniah, Bagan Datoh sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Al Azhar.

Noor Faeza merupakan Graduan Al Azhar dalam bidang Syariah Islamiah dengan mendapat keputusan Jayyid Jiddan Bil Martabat Syaraf (83%). Pihak Universiti mengumumkan Noor Faeza antara 10 graduan terbaik bagi sesi 2020/2021 peringkat Mahasiswa Antarabangsa (Wafidat).

Keputusan peperiksaan setiap tahun

Tahun 1 : Jayyid Jiddan
Tahun 2 : Jayyid Jiddan
Tahun 3 : Mumtaz
Tahun 4 : Jayyid Jiddan
Beliau turut berkongsi tips kejayaan, nasihat, harapan dan penghargaan buat semua follower FB Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak.

Tips Kejayaan
1️⃣Sentiasa memberi manfaat kepada orang lain .
2️⃣Buat nota sendiri , kita akan lebih faham tajuk dan isi sesuatu subjek tu ..
3️⃣ Persiapkan diri untuk study awal supaya tak menyesal dikemudian hari
4️⃣ Manfaatkan kelas bimbingan yang dianjurkan oleh MAIPk
5️⃣ Sentiasa minta doa ibu ayah , guru-guru dan kawan-kawan.
6️⃣ Nak ilmu berkat , hormat guru dan jaga adab dengan guru.
7️⃣ Nak betul-betul faham satu subjek tu , paling tidak khatam buku tu 4/5 kali
8️⃣ Buat study group dari awal .

Nasihat dan pedoman

1️⃣ Be Yourself, bateri telefon kita tak sama dengan bateri telefon orang lain . begitu juga dengan diri sendiri . So Lain orang lain caranya . Nak berjaya bukannya senang. Perlukan mujahadah yang tinggi untuk kita capai level yang tinggi.

2️⃣ Biar sengkang mata untuk satu malam daripada perlu bersengkang mata untuk setahun.

3️⃣ Jangan sesekali ponteng kuliah tanpa sebab-sebab yang munasabah kerana ilmu yg dapat terus dari doktur@dokturah tu lagi berkat dan lebih difahami walaupun tidak faham daripada dengar langsung dari kawan-kawan yang hadir ke kuliah.

4️⃣ Manfaatkan masa dan peluang yang ada dengan mengukuhkan lagi bahasa arab.

Harapan untuk masa depan.

1️⃣ Semoga diri ini dapat menyumbangkan sedikit sebanyak manfaat kepada ummat.

2️⃣ Saya bercita cita untuk menjadi seorang pendidik yang dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu.
Penghargaan.

1️⃣Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa kerana membenarkan anak perempuan sulung mereka ke Mesir.

2️⃣Jutaan terima kasih juga kepada pembayar zakat .Tidak lupa juga kepada pihak MAIPk, Ust. Munawir , Ust Tasyreef dan Ust. Fauzan kerana telah banyak membantu memudahkan segala urusan ketika saya disini.

3️⃣Saya juga ingin berterima kasih kepada KPIPM atas segala jasa yang dicurahkan kepada anak-anak Perak termasuk diri saya sendiri.

4️⃣Akhir sekali , tidak dilupakan juga kepada sahabat-sahabat saya yang sentiasa ada ketika jatuh dan bangun terutama sekali Ahli Bait Tuqo.

Semoga Noor Faeza berjaya dunia dan akhirat. Syabas dan Tahniah.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.