Usahawan-Usahawan Asnaf MAIPk Terima Tawaran Program Rakyatpreneur 2.0
ALHAMDULILLAH..6 orang usahawan asnaf yang merupakan bekas peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf ( PROPER A ) telah dipilih oleh panel pemilihan Bank Rakyat bagi mengikuti Program Keusahawanan RakyatPreneur 2.0 bagi tahun 2021 ini.
PROGRAM RAKYATPENEUR 2.0 :
1. Bantuan dikhaskan kepada golongan usahawan asnaf yang berpotensi & sedang giat menjalankan perniagaan.
2. Kadar bantuan berjumlah di antara RM5,000.00 hingga RM10,000.00 setiap usahawan akan disalurkan secara berperingkat dalam bentuk latihan, modal pusingan & peralatan tambahan serta dipersetujui oleh Bank Rakyat;
3. Program bimbingan mentor-mentee & pemantauan ini akan dilaksanakan oleh Bank Rakyat dengan kerjasama pasukan Pensyarah Fakulti Usahawan, UiTM selama tempoh 6 bulan.
Semoga perniagaan peserta-peserta yang terpilih akan terus berkembang maju & akan menjadi penyumbang zakat kepada MAIPk pula kelak..Inshaa Allah..
Tahniah daripada MAIPk & Selamat Maju Jaya..
#DaripadaANDA,UntukMEREKA..











