• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Program Bank Makanan (Food Bank) Majlis Agama Islam Dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) Dengan Kerjasama Masjid

Program Bank Makanan (Food Bank) Majlis Agama Islam Dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) Dengan Kerjasama Masjid

Program Bank Makanan (Food Bank) merupakan tempat pengumpulan dan pengagihan makanan yang disediakan oleh MAIPk untuk disalurkan kepada golongan Miskin yang memerlukan secara percuma sebagai satu inisiatif yang diwujudkan untuk membantu golongan sasaran yang terputus keperluan makanan dengan menjadikan masjid sebagai pusat penyaluran bekalan makanan tersebut.

Ia adalah bagi membantu penduduk Islam di negeri Perak yang mengalami masalah terputus bekalan makanan dapat diatasi dalam tempoh yang singkat serta memastikan jaminan kelangsungan bekalan makanan bagi golongan Miskin untuk membasmi masalah kelaparan dan ketiadaan makanan. Malahan menjadikan masjid sebagai pusat kebajikan setempat dan bertindak sebagai agen kepada MAIPk diperingkat kariah masjid.

Program ini disasaran kepada mereka yang terputus bekalan makanan yang dikenalpasti kesusahannya, penerima bantuan kewangan bulanan daripada agensi pemberi bantuan seperti MAIPk, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain atau ahli kariah yang memerlukan bantuan yang dikenalpasti berkelayakan dari semasa ke semasa.

Bagi tahun 2021, MAIPk telah mensasarkan 1 masjid bagi 1 daerah pentadbiran MAIPk iaitu sebanyak 18 buah telah dipilih bagi program ini.

Masjid yang terlibat adalah :
1- Masjid Jamek Tanjung Rambutan, Ipoh
2- Masjid Al-Aula, Hutan Melintang
3- Masjid An-Nawawi, Pantai Remis
4- Masjid Jamek Pekan Kuala Kurau
5- Masjid Jamek Bukit Merah
6- Masjid Al-Ahmadi
7- Masjid Toh Paduka
8- Masjid Al-Hadhari
9- Masjid Ubudiah
10- Masjid Al-Ridzuaniah
11- Masjid Klian Intan
12- Masjid Al-Falahiah
13- Masjid Jauhariah
14- Masjid Jamek Sungai Mangkuk
15- Masjid Al-Muhajirin
16- Masjid Jamek Baru Gopeng
17- Masjid Abu Hurairah, Bidor
18- Masjid Assalamudin

MAIPk memperuntukkan sebanyak 30 pax kotak makanan setiap masjid bagi setiap bulan. MAIPk mengharapkan usaha ini dapat membantu masyarakat Islam seterusnya memberi kesejahteraan kepada kehidupan mereka.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.