LIMA AGENSI BAYAR ZAKAT RM7,489,253.88
Khamis 23 Mei 2013, telah diadakan majlis penyerahan cek zakat perniagaan dan tanaman daripada lima agensi bertempat di Auditorium, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh. Lima agensi yang membayar zakat ialah Felcra Berhad Wilayah Perak yang telah membayar zakat tanaman dan perniagaan berjumlah RM1,604,012.87, Lembaga Tabung Haji berjumlah RM2,923,240.01, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia berjumlah RM2,068,225.00, Pertubuhan Peladang Negeri Perak berjumlah RM623,776.00 dan Bank Islam Malaysia Bhd berjumlah RM270,000.00. DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak telah berangkat mencemar duli untuk menerima pembayaran zakat tersebut daripada lima agensi berkenaan. Satu komitmen yang berterusan daripada GLC dan syarikat swasta dalam usaha memperkasakan amalan berzakat terutamanya zakat perniagaan demi membela nasib golongan-golongan asnaf.