• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Program Ziarah Asnaf Lenggong

Lenggong, 02 Nov 2020 - Pihak MAIPk Daerah Lenggong telah menyantuni lima buah rumah golongan asnaf di sekitar Lenggong. Bantuan disampaikan oleh Pegawai Baitulmal Daerah Lenggong, Encik Mohd Ariffullah Bin Mashudi dan hadir bersama Penghulu Mukim Lenggong, Encik Noor Adzahar Bin Mohd Yunus serta Puan Rosnah binti Ayub selaku kakitangan MAIPk Lenggong Bahagian Agihan Zakat.

Dalam program ini, pihak MAIPk telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai berserta Bantuan susulan yang diperlukan untuk dipertimbangkan seperti Bantuan Sewa, Bantuan Perubatan, Bantuan Bina Rumah dan Bantuan Baikpulih Rumah.

Program yang diadakan bertujuan untuk membantu meringankan beban dan memberikan keceriaan kepada para asnaf terutamanya pada keadaan terkini dimana ramai penduduk kampung yang terkesan dengan pandemic covid-19. Nasib golongan asnaf sentiasa menjadi perhatian pihak MAIPk dan semoga golongan ini dapat menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik.


















.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.