Bengkel Semakan Semula Garis Panduan Pelantikan Pegawai-Pegawai Masjid Negeri Perak
IPOH, 22 September 2020 - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menjayakan satu Bengkel Semakan Semula Garis Panduan Pelantikan Pegawai-Pegawai Masjid Negeri Perak di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru. Semua peserta bengkel terdiri daripada Orang-Orang Besar Jajahan Negeri Perak, Pegawai Tadbir Agama Daerah, wakil Penasihat Undang-Undang Negeri, imam-imam dan semua urus setia daripada MAIPk dan JAIPk
Diharapkan bengkel yang dianjurkan ini dapat memberikan hasil dan impak yang positif terhadap objektif yang ingin dicapai. Segala idea dan diberikan oleh semua peserta bengkel akan memberikan nilai tambah kepada pengurusan MAIPk dan JAIPk seterusnya kepada kemajuan ummah di negeri Perak. Bengkel ini turut dihadiri oleh, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, YBrs. Tuan Sharul Azam Bin Shaari dan Pengarah JAIPk, YBhg. Dato’ Haji Mohd. Yusop bin Haji Husin.