Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-63
Malaysia Prihatin merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2020 yang membawa maksud mendalam kepada rakyat Malaysia selari dengan keadaan negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19. Mari kita bersama seluruh rakyat memerangi wabak COVID-19.
Ayuh rakyat Malaysia tunjukkan semangat cinta dan kesetiaan kepada negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang yang menjadi simbol pengorbanan, kebebasan dan kebanggaan rakyat Malaysia.